Wednesday, October 13, 2010

kepadaNya aku kembali


disaat ini, ketika ini
jiwa aku parah
tatkala menerima
khabaran yang benar-benar
mendera sanubari
umpama dihiris sembilu
umpama terteguk racun
bisanya perlahan-lahan
meresap keseluruh pelosok ruang rasa
membunuh satu persatu deria 

sedangkan mereka berbahagia, aku berduka
sedangkan mereka tersenyum ceria, aku kehilangan jiwa

lalu aku bertanya 
pada empunya jasad dan roh 
apakah dosa aku
apakah salah aku
sehingga aku diduga sebegini hebat

merintih-rintih hati ini
kuntum-kuntum yang berseri dikelopak
akhirnya berderai jatuh ke pipi
menerbitkan mutiara jernih
yang langsung tidak bernilai

tiba-tiba
tersentak aku tersedar
rasa bersalah kembali menujah
bukan kerana Mu
aku jadi begini 
semuanya kehendak diri sendiri

air suci aku ambil
tikar aku hamparkan
ayat-ayat suci Mu aku alunkan
serta merta ketenangan mengalir seperti air
menggantikan bisa yang tadi membunuh jiwa
meneutralkan segala rasa pahit payau
lalu digantikan dengan rasa
manis yang tiada tolok bandingannya

Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa silamku
terimalah taubatku
penyesalan yang tak ada kesudahan
aku lafazkan
dariMu aku datang dan
kepadaMu aku kembali
Ya Rahman Ya Rahim


Sunday, October 10, 2010

sape cakap senang....

Assalamualaikum..

ok, sekarang ni aku tengah ada masa free, 
so aku nak menaip sikit.
nak cerita sikit pengalaman pertama aku
bergelar seorang pelakon

wah2, bunyinya macam gempak je kan.
ok, meh aku cerita sikit kenapa tiba2
takde angin takde ribut tiba2 belakon teater
Al kisahhh...
semester ni aku ambil subjek drama,
jadi salah satu tugasan kami ialah
berlakon.
kalau tidak kerana markah yang sangat berharga tu
memang jangan harap lah aku nak berlakon.

sapa cakap berlakon tu senang??
meh sini aku nak sekeh sikit kepala mereka2 tu.
hehe, gurau2 jelah kawan.
tapi frankly speaking, 
berlakon memang sangat payah
nak2 lagi kalau berlakon dalam bahasa English. 

cerita apa yang aku sedang shooting? (ceh2)
cerita yang diberi nama "A Doll House"
tulisan Henrik Ibsen

ok, aku akan cerita sedikit tentang play ni.
berkisar tentang Nora, seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak
yang telah meminjam wang dan menipu signature ayahnya
demi menyelamatkan nyawa suami yang sedang sakit
namun pegorbanannya tak dihargai oleh suami
yang merasakan tindakan Nora itu amat memalukan.

macam tulah serba sedikit sinopsisnya.
cerita ni berdasarkan realitii dan tipikal manusia
pada era 80an yang amat mementingkan gender
lelaki sebagai ketua,
perempuan layak duduk dalam rumah saja
jadi apabila mengetahui Nora meminjam duit, Tolvard Helmer
merasakan itu sesuatu yang amat memalukan
manakala Nora merasakan dirinya patung bernyawa
yang dikawal oleh suaminya.

aku lah yang memegang watak Nora tu.
yang aku rasa amat berbeza dengan perwatakan
sebenar aku.
susah tau berlakon ni..
nak kena masuk dalam watak
menghayati watak dan menghidupkan watak tersebut
apatah lagi watak itu adalah watak wanita pada zaman 80an

hampir setiap malam kami berlatih
dan menghafal skrip yang langsung tak best
dan semalam aku menghadiri bengkel drama
untuk memantapkan lagi lakonan kami.
banyak yang aku belajar dari bengkel tu
contohnya skrip dipanggil naskah,
voice projection, basic in acting..

aku harap semuanya akan berjalan lancar
seminggu lagi penyeksaan ni akan berakhir.
doakan aku ya,
agar tak nervous dan tak lupa line skrip nnt..hee~
[^ ^]v

Tuesday, October 5, 2010

stress tahap petala ketujuh

Assalamualaikum..

untuk dua tiga minggu ini 
aku akan menghadapi sedikit gangguan emosi dan mental
lantaran terlalu banyak kerja, skrip, hafazan 
yang perlu dihafal for the sake of markah
minggu depan ada drama performance
minggu ini ada tasmik untuk study circle

minggu depan juga aku ada
test untuk transcription and oral untuk subject Phonetics
jadi part mana yang tidak akan buat aku tidak sakit mental?? 
lepas selesai semua kerjaan ini aku mahu sangat
jerit merdeka even belum final exam lagi
sebab 'mereka2' di atas ni buat aku tido tak kenyang
makan tak lena, mandi still basah ok.. 

jadi aku terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging ni
inshaAllah lepas selesai semua aku akan kembali
doakan kejayaan aku
dan juga doakan agar aku tak jadi gila
^_^

Saturday, October 2, 2010

C.I.N.T.A

Assalamualaikum..

aku lihat semasa berjalan2 di setiap blog, 
topik ini sangat hangat diperkatakan
walaupun telah zaman berzaman
namun masih tak jemu2 berbicara mengenai 
satu perasaan halus yang wajib ada dalam hati 
setiap makhluk yang bernama manusia
"cinta"
"love"
"pyar"
"sarang" 
 ayat berbeza maknanya serupa..  

aku jarang mengutarakan topik jiwa2 begini
tapi tiba2 hati ni terpanggil nak berkongsi 
tentang perasaan yang sangat indah ni.
kalau kita lihat dalam majalah, buku2
banyak juga cerita cinta ni menjadi "headlines" 

kalau dalam lagu pula tak payah cakaplah
terlalu banyak.
lagu2 yang memuja memuji cinta
merintih, meratapi cinta
macam aku yang layan lagu2 lama
memang lagu cinta ni jadi santapan halwa telinga
hampir setiap hari.

banyak jugalah kata2 pujangga tentang cinta
"cinta itu buta"
"cinta tak bererti memiliki"
"cinta tak perlu dipaksa" 
"cinta memerlukan pengorbanan" 
"cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi"
"cintailah sungai kita"
eh..eh.. masuk juga, tapi itu dikira cinta juga kan 

ramai manusia sanggup melakukan apa saja demi cinta
malahan sanggup membunuh semata2 kerana cinta
hebatnya kuasa cinta ini.
tapi apa lah hendak diagung2 kan andai cinta itu
berlandaskan nafsu semata2.
ramai remaja2 era teknologi ini
sanggup berkorban apa saja demi kekasih hati
diserahkan jiwa, raga dan tubuh badan 
demi membuktikan rasa kasih itu.
"habis madu sepah dibuang"
mulalah kita mendengar kes2 buang bayi
kes2 bunuh dan bunuh diri.
kenapa??
ketaksuban yang mengaburi mata mereka. 
janganlah leka pada cinta duniawi 
yang masih belum lagi diketahui hujung akhir ceritanya

seperti yang kita ketahui dan harus sematkan dalam hati
cinta yang paling utama tentulah padaNya
cinta kepada RasulNya
cinta kepada saudara
dan cinta sesama manusia 

tetapi kenapa ya, 
kalau kita lihat lagu2, puisi2 cinta
hampir kebanyakkan mengenai patah hati, duka dan lara
yang lebih menghairankan lagi
walaupun berulang kali disakiti dan dilukai
manusia masih tak serik2 lagi bercinta.. 

skop mengenai cinta ini sangat luas
cinta sangat subjektif
lain manusia lain pendapatnya
bagaimana kita tahu apa yang kita rasa itu cinta??
mungkin sebuah pertemuan,
yang menerbitkan secebis rasa rindu
hati menjadi terkenang2
itu cinta pada makhluk

tetapi cinta pada tuhan itu berbeza
malah sangat indah dibandingkan dengan cinta manusia
setiap rindu yang hadir menambahkan lagi rasa
kecintaan dan ketakwaan padaNya.. 
walau apapun definisi kalian mengenai cinta
haruslah ingat
cinta yang paling hakiki itu cinta Ilahi
dan dari cinta itu hadir satu perasaan 
untuk kasih mengasihi sesama makhluk
berlandaskan syariat yang ditetapkanNya 
 ^_- \/


Friday, October 1, 2010

Rindu kah kita pada dia??


tanya pada diri kita sendiri.. rindukah kita pada dia???