Sunday, December 2, 2012

Perjalanan menuju Tuhan I


 sayup-sayup kedengaran aluanan suara merdu
berbalam-balam bunyinya
namun masih jelas di pendengaran.
.

tergeliat-geliat satu susuk tubuh
tatkala mendengar suara itu.
seolah-olah menganggu tidur lenanya.
dia mendengus berat.

seusai suara itu memanggil,
dia menarik selimut hingga paras dada.
ditepuk-tepuk pula bantal
membetulkan kedudukannya
suara tadi seolah-olah tak membawa erti
apa-apa pun.

tapi hatinya penuh benci,
berdengkurlah kembali.
begitulah peristiwa di subuh hari.

maka,
begitu sahaja
subuhnya "terbakar"
hampir setiap hari.
hampir setiap masa.

****

pernah suatu hari dia ditanya,

"kenapa kau tak nak tutup aurat?" 

berdesing telinganya,
terasa darah naik sampai ke otak.
pantang jiwanya
apabila soalan yang dirasakan peribadi
terlontar dari mulut seorang teman itu.

"ni soal aku. aku nak tutup ke bukak ke
bukan urusan kau. lagipun bukan semua yang
bertudung tu baik pun," angkuh dia bersuara.

terdiam teman yang seorang itu.
dia tersenyum atas jawapan 'kemenangan' tadi.
bangga.
kembang kempis hidungnya,
puas hati.

"tapi kalau melanggar perintah Tuhan,
baik ke?" soalan retorik diberi.

dia tersentak.
sentap.
 bingkas dia bangun
menghentak sedikit meja belajar 
dengan buku-buku akademik
menjeling tajam sekilas dan
pantas berlalu
meninggalkan temannya itu
atas 'kekalahannya' tadi.

"semoga pintu hatimu terbuka wahai sahabat"
tulus doa itu berkumandang dari teman
yang ditinggalkan itu.




auch_down

No comments: