Wednesday, February 1, 2012

Februar"i"




 sila perhatikan tajuk di atas baik-baik.
Februari dieja dengan akhirnya "i" bukan "y" ye.
asyik-asyik taip dalam English, apa kata sekali sekala 
guna bahasa ibunda pulak. 
nanti orang kata diri ini,
macam istilah orang bijak pandai, "lupa diri"

rasa kekok pulak bila taip dalam bahasa Melayu ni
Sah lupa diri. kihkih
sebenarnya diri ini amat mencintai Bahasa Melayu
dah tentu lah sebab diri ini pun asalnya orang Melayu
walaupun tak berapa nak asli sangat.
tetapi darah Melayu itu tetap mengalir dalam diri ini.
(sila baca dengan nada yang paling patriotik)

sebenarnya tak ada motif sangat entri ni.
memang tengah tak ada idea, 
tapi jari jemari tetap gatal nak menaip.
jadi, inilah hasilnya, 
entri kosong bak kata orang-orang bijak pandai lagi.

aku, eh, saya eh, sopan sikit, Beta
sebenarnya mula menulis dengan bahasa Melayu
dah tentu-tentu lah, bahasa Melayu ialah bahasa ibunda 
entah berapa kali nak ulang entah.
baru-baru ini saja mula menulis dalam bahasa English.
lagi pula, Beta kan meneruskan pengajian diperingkat
tinggi dengan mengambil kurus, eh, kursus English language
jadi mahu tidak mahu, kenalah mempraktikkan juga
bagi memantapkan lagi English language beta.
tetapi Bahasa Melayu tetap menjadi pujaan hatiku.

jadi, sebagai akhir kata entri kosong ini, 
cintailah Bahasa Ibunda anda..



auch_down

2 comments:

tinahensem said...

Beta juga rasa terkesan dengan entri tuan hamba ini.
Bahasa Melayu beta sendiri tunggang-langgang.
terima kasih. peringatan diambil.
=)

JoJo said...

sungguh Beta tidak menyangka, entri yang beta rasa kosong ini telah banyak memberi kesedaran kepada pembaca..haha

marilah sama-sama kita memantapkan penggunaan bahasa Ibunda.