Tuesday, October 27, 2009

sukarnya untuk melupakan..

pepatah inggeris ade mnyatakan, "it takes a lifetime to forget someone"..
mmg betol, agak sukar untuk melupakan seseorang dalam hidup kita dalam masa yang singkat.. dan mungkin kita takkan dapat melupakan seseorang tu sepanjang hayat.. lebih2 lagi apabila seseorang itu pernah hadir dalam hidup kita sebelum ini.. bagaimana caranya untuk melupakannya? sudah berbagai cara yg dilakukan namun, wajahnya masih tetap segar dalam ingatan..
kenapa sukar untuk melupakan? kerana dia pernah hadir dalam taman hayat kita..
mengapa tersenyum apabila mengenangkan seseorang itu yang pernah hadir dalam hidup kita? kerana dia pernah hadir dan memberikan kenangan manis dalam album kenangan kita..
kenapa pula perlu menangis, benci, marah dan sedih apabila seseorang itu tiba-tiba terlintas dalam fikiran kita? kerana dia pergi meninggalkan seribu kepahitan dalam diri kita..
mengapa harus kita ditemukan?? ini takdir tuhan yg menentukan segalanya..
DAN akhirnya, kenapa masih rasa gelisah apabila terkenangkannya? kerana jauh di sudut hati masih terselit namanya....


silam kasihku di taman hayatmu,
hanyut bayangan entah kemana..
hanya padaNya ku doakan untukmu,
semoga damai kau disana..
izinkan aku semadikan kasihku bersama ingatan lalu....

No comments: