Monday, November 29, 2010

mere updating...

Assalamualaikum..

Hai Guys! 
Chal ji-nae-shŏ-ssŏ-yo?  
haha, faham ke tak??
maksudnya, How Are you?
harap-harap semua sihat-sihat je hendaknyalah.
dah lama tak update kan.
 reason nya adalah kerana masalah teknikal 
yang tak dapat nak dielakkan.

entry ni pun sekadar update 
supaya blog aku ni tak berhabuk.
sekarang busy lah dengan naskhah terbaru
sengaja cari pasal sibukkan diri. 
cari idea nak menyedapkan perisa dalam naskhah.
kalau ikut cara akulah, cara aku untuk menulis dan
mendapatkan idea, 
selain dari berangan tak tentu pasal
ialah melalui beberapa cara.

first & foremost,
melalui pengalaman diri sendiri. 
banyak idea boleh dapat kalau cerita tu
memang familiar dengan diri kita.
kalau kita buat cerita yang memang 
menyimpang 360 darjah dari kehidupan sebenar
agak susahlah nak mendalami watak tu. 

second,
melalui pembacaan.
ni memang penting untuk mendapatkan idea
untuk menulis.
tapi bukan mencetak rompak idea 
sebab ni dah kira salah 
dan tak original lah. 

third,
menganalisis kawasan sekeliling.
ni bukan korang pergi buat analisis kawasan rumah ke apa
tapi analisis orang-orang disekeliling 
dan juga tempat-tempat sekeliling
sangat benefit lah pada mereka yang selalu travel
sebab melalui itu, idea lagi senang nak didapati 
macam aku suka pergi tempat-tempat public
lepas tu, tengok apa yang orang-orang buat
lain orang, lain karenahnya
dari situ kita boleh dapat idea
dan juga tempat-tempat yang pernah aku pergi, 
kadang-kadang aku gunakan sebagai setting
sebab dah familiar.

fourth,
Melalui lagu.
aku dengan lagu memang sukar nak dipisahkan
my habit, dengar lagu sambil menaip.
seriously, idea memang masuk.
aku selalu dengar lagu2 macam kitaro
yang tak heavy sangat.
lagu favorite aku tatkala menulis ketika ni ialah
 one more time dari Tree Bicycle.
dan juga koleksi2 kitaro
selain tu, aku jugak ambil mood dari lagu untuk
mendapatkan  mood untuk menulis
contohnya, 
kalau nak buat part sedih, dengar lagu yang sedih
kalau nak buat part ala2 luvey-duvey, listen to mushy love songs 

kepada korang yang suka menulis tu, 
apa pulak cara korang??
okai, see you guys later
in the next entry inshaAllah.
^^ V

Thursday, November 25, 2010

Hey Melody!



Hey Melody! 
what are you? 
i am the impersonator 
of your life 

Hey Melody! 
of what reason 
dare you speak that? 
dare i do
for i who imitate every single beat of emotion
of your life


Hey Melody! 
clarify me
the confusion will ya?

 my cheerful melody rhythm when you smile
my sad sonata croon when you cry 
my headbanging tempo sing when you angry
my Kitaro serenade when you in serenity
now can you see? 
Hey Melody!
now i believe 
for us to parted 
never will be
from the beginning
till the eternity.


masterpice of :  ~Le cUCoQ La KoDOK~
                                   5.03 pm
                                25/11/2010
 

Monday, November 22, 2010

I am back..

Assalamualaikum..

sejak cuti ni bermula aku dah takde ape nak taip
bukan tak bukak pun blog ni, tapi sekadar bukak je la
takda idea nak taip apa.
lagipun takda cerita best yang boleh di kongsi.
sekarang aku ngah sibuk layan korea
dah jadi peminat tegar ni.
dalam sibuk2 layan tu ada jugak tercetus ilham
nak bikin naskhah
so, cuti ni akan aku habiskan dengan menulis jelah.
boring??
pada yang tak minat tu memang lah kata boring.
cuba tanya penulis2 tegar, apa dieorang akan cakap.
"addicted"
kalau tak menulis rasa macam pelik je.

nanti kalau ada cerita best2 aku share lah dengan hangpa
okai2.. tutu..

Monday, November 15, 2010

Habis daa..

 Assalamualaikum..

Alhamdulilah, dah lama tak update something
focus terarah kepada final exam
so takda masa nak update.
akhirnya hari ni exam habis
dan secara rasminya 
hari ni, 15/11/2010
semester 1, 2010/2011 sudah tamat

sekarang masa untuk bersuka ria
nak rehat sangat puas2 ni
sem ni memang agak mencabar
hari tu hampir2 aku patah semangat
hampir2 aku tak revise untuk last exam
gara2 semua sudah habis exam.
tapi aku masih lagi kena struggle untuk hari ni
tapi semua sudah pun berakhir. 

jadi lepas ni hari2 la aku update
sampai aku sendiri naik jemu dan 
tak tahu nak update apa lagi..
ok lah.. nak layan k-pop~huhu
bye2.. ^^

Le cUCoQ La KoDOK Posted...

Monday, November 8, 2010

CeKoDok.com

 Assalamualaikum

jangan salah faham, aku takda buat website baru
nak promote satu website ni.
memang sangat2 berfaedah dan berkhasiat...?
sebab mengenai kesihatan.



 ini dia website yang aku maksudkan
website yang di kelolakan oleh Kevin Zahri
siapa tak kenal tu boleh la google, tapi takkan tak kenal
memang sangat bagus website ni
bagi sesiapa yang nak menjaga kesihatan
melalui pemakanan yang dimakan
kita boleh check kalori makanan yang kita makan
kita boleh plan berapa kalori yang kita nak makan
menarik kan??

kalau anda2 semua rasa nak berdiet memang sangat disyorkan
kita jugak boleh check kalori2 makanan yang selalu kita makan
contohnya ayam KFC, nasi lemak, roti canai dll
kita just type je pada ruangan yang ada
terdapat jugak tips kesihatan. so,
kenalah rajin2 explore website ni.  
selamat meng-explore!!  






Sunday, November 7, 2010

Sungguh Aku Ingin...



Andai takdir dan waktu 
menabur-naburkan kepingan peluang 
untuk pulang ke suatu ketika
sungguh aku ingin
mengutip merebut kepingan itu 

Andai masa boleh diputar 
ke saat sebelum
sungguh aku ingin
 undur ke detik itu

tanya mereka ingin tahu
saat apakah itu
yang ibaratnya seketul emas
yang persisnya nilai berlian

waktu hati dan jiwaku
masih suci dan bersih
tanpa sepalit noda dunia
jawabku dengan kesalan 

tanya mereka lagi
mengapa perlu toleh kebelakang 
yang tak mungkin terulang
sedangkan hadapan adalah kenyataan 

kerana sungguh aku ingin
kembalikan senyuman dahulu
yang ada pada diri
terbias dari dalaman yang murni  

kerana sungguh aku ingin
perbaiki rentetan masa silamku
biar masa kini hidupku
hujungnya tidak sebegini

nyata keinginan tinggal keinginan
harapan yang aku dambakan
amat mustahil untuk dikotakan
cuma yang bersisa adalah realiti
yang tersurat di jalanan sepi

curi2 time kejap...

Assalamualaikum..

curi masa kejap je ni memandangkan lama tak post something
bila tengah exam ni semua benda jadi dull..
sekarang tengah gap lebih seminggu, 
next exam on 9th October. 
sapa kata best gap lama2 ni, 
memang la ada time nak study, 
tapi menyeksa jiwa dan raga tau.
dah la kena cover dua subjek ni
mana tak nya, 10th pun ada exam jugak
 selasa Drama, rabu Science of Quran
sangat irony kan?? huhu 

tapi dalam mood2 exam ni sempat jugak 
aku perabih duit ptptn yang tinggal nyawa2 ikan
 buat beli novel, aku kan hantu novel,
spesis apa jangan tanya..


  
ini dia aku persembahkan, 3 ceritera dalam satu naskhah
sebenarnya aku beli ni sebab penulis yang ke-3 tu, Nasz
aku memang dah jatuh suka..jangan salah anggap
jatuh suka pada cara penulisan dia yang simple dan brutal..
brutal?? haha, sempoi actually.
sejak aku baca novel solo pertama dia tu.
kepada sesiapa yang suka cerita yang tak jiwang2 sangat
bolehlah layan si Nasz ni punya cerita. 
yang lagi dua penulis tu pon not bad, best jugak.

okay, enough of promoting.
let's get back to note and books. 
dah menyeru2 dah tu.
papai.. ^ ^ V

Wednesday, November 3, 2010

"Sape nak hadiah free dari Paris? =)"


sambil2 blogwalking, cuci mata sebab mata dah berbulu baca note2 exam
aku terjumpe satu contest yang best ni:



kenapa aku rasa best? sebab, nama blog aku pon dah 
ala2 Perancis punya nama. "Le Cucoq La Kodok" 
jadi aura untuk join tu terasa lebih kuat..hehe 
lagipun aku rasa contest ni lain dari yang pernah aku tengok
sebab korang tak payah nak bersusah payah nak menang..
sebab contest ni agak mudah.
  
dan hadiah yang di-offer-kan pun best jugak; 
                             5 souveniors yang akan dipos khas oleh  
                                     Cik Farah dari Paris.
mungkin akan di up kan lagi bilangan hadiah. 
mkin ramai, makin banyak hadiah. 
up to us bebes. =)

jangan main2, hadiah yang diimport khas dari Paris, 
segar dari ladang. jadi orang macam aku yang tak 
pernah menjejakkan kaki kat Paris ni, kalau dapat hadiah pun 
dah Alhamdulilah..hehe 

tarikh tutup nye ialah:
20.11.2010 , 12.00PM 
still ada masa lagi kawan2..
aku nak tag:

Tuesday, November 2, 2010

cara mudah nak release tension...

Assalamualaikum...

mesti ramai yang tengah tension sekarang ni kan, yelah fenomena exam sedang melanda student2 satu Malaya ni.so, aku ada tips bagaimana nak hilangkan tension kome2 semua. cara ni ialah cara yang paling mudah dan murah dan affordable bagi student2 macam kita ni, yang duit ptptn dan kering kontang ni.. chekidaut!


Ambil angin 
cara ni dijamin murah dan mudah! yelah, korang dah mengadap nota2, buku2 tu seharian sampai dah berpinar mata tu, so apa kata korang ambil 10-15 minit, tak banyak pun, jalan2 kejap sekeliling hostel ke, rumah ke, ambil oksigen kasi serap dalam otak tu. hayati ciptaan Allah untuk seketika. masa korang ambil angin tu, jangan pula korang fikir pasal apa yang korang belajar tadi. tinggal kejap untuk seketika.   


Main Game
aku yakin, yang ni ramai like2 ni. dalam laptop yang canggih manggih tu mustahil la satu game pun takda. takpun main je game kat Facebook, macam2 ada, farmville la, ntahapekebende la..main la kejap. tapi aku sarankan jangan main game yang berat2, extreme2 sangat. cari game yang simple dan mudah nak menang.hehe. secara psikologi nya la, sapa yang tak happy kalau menang. so, secara tak langsung korang boleh adapt balik mood korang. 

Jerit sekuat2 hati 
biasa lah kalau tension tu, rasa macam nak jerit je. sebaik-baiknya cari tempat yang tak ada orang. kang tiba2 je korang kat hostel tu, tak pasal2 kena label sakit mental. takpon kena sebijik dengan roomie, lagi menambah ketensionan yang sedia ada. tapi kalau malas nak bergerak, korang ambil bantal sebijik, yang tebal2 sikit, tutup muka korang lepas tu jerit la sampai terkeluar anak tekak. cara ni aku adapt dari cerita Lilo & Stitch tu. inshaAllah, reda sikit tension korang. tapi cara ni ada side effect sikit, risiko mendapat sakit tekak.

tengok movie 
haa, ni sapa yang tak suka. pilih la dari koleksi2 movie yang ada, better be yang funny dan ringan macam 3 Idiots, Confession of a Shopaholic, citer2 jepun yang klakar. layan lah kejap, tapi satu movie jelah. jangan melebihi sukatan yang diberikan. kang buku kemana, korang kemana.

Tidur 
kalau malas sangat nak jalan, main game, tengok movie, molek la kalau korang buat miracle landing untuk seketika. jalan lebih2 pulak tidur tu, set la alarm agar korang tak terlajak sampai ke dinihari.

Baca Quran 
rajin2 kan lah kaki tu pergi ambil wuduk lepas tu mengaji la untuk seketika. confirm, hati korang akan lega, tenang dan mudah lagi nak menerima ilmu.
 

mudah dan senang kan?? tak memerlukan kos yang tinggi dan tenaga yang banyak. so, boleh la korang cuba2 tips ni, mudah-mudahan hilang lah korang punya stress melampau2 tu yer, inshaAllah. 

satu paper sudah selesai...

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, semalam satu paper telah berlalu
paper Islamic Aqidah.
InshaAllah aku dah cuba jawab dengan sebaik yang mungkin
sekarang tawakkal jelah.
soalan tadi mencabar minda jugaklah
lagipun subjek ni dia taknak tengok fakta sangat
tapi macam mana kita fikir dan relate-kan dengan isu semasa
jadi tu yang agak susah sikit
faham2 jelah, mana lah cukup masa sangat nak berfikir
dengan sehabis baik dengan masa yang diperuntukkan cuma dua jam
bagi aku tak cukup dua jam tu, tak sedar pun masa dah berlalu 
tapi aku dah buat sedaya mungkin 
cuma aku berharap Lecturer aku tu lembut sikit lah hati dia
masa tanda paper tu nanti.
next paper, minggu depan..
lambat lagi tu, tapi tak bermakna boleh relaks dan enjoy
gunakan masa dengan sebaik mungkin 
inilah masanya nak pulun ye.

kawan2 semua yang tengah exam tu,
Aja2 Hwaiting!!