Thursday, July 11, 2013

Biarkan lah

Bukan sebab kekangan masa aku diam
Masa tu banyak, sengaja malas berbahasa.


Biarkan lah
Diri engkau dan jiwa engkau.
Sesungguhnya tidak aku kisah.

Biarkan lah
Aku tak hidup untuk mengipas-gipas kau
Sebab tu bila ada ribut kau kalah.
Jarang mahu terima lemah diri
Kau lupa hidup tu tak selalu indah.

Biarkan lah
Kalau kau nak mengeji
Nak burukkan diri ini
Biar pun hanya dalam hati
Mungkin kau lupa ada yang lebih tinggi.

Biarkan lah,
Kalau kau merasakan diri dah cukup baik
Serba-serbi
Membolehkan kau menghakimi
Menjadi judge duniawi
Silakan, kita jumpa di akhirat nanti.

Biarkan lah,
Kalau kau rasa tak puas hati
Melihat kejayaan manusia lain
Kau lupa terletaknya rezeki
Adalah pada Ilahi.

Biarkan lah,
Kau dan cara mu,
Aku dan cara ku.


The End

No comments: