Tuesday, January 31, 2012

Sahabat




dulu aku prejudis 
tentang nilai persahabatan
prejudisnya aku hingga sampai satu tahap
aku menganggap sahabat itu menyusahkan
dan aku tidak percaya akan kata-kata azimat itu
"sahabat selamanya"
"best friend forever"

jangan salahkan diri aku 
yang berfikiran semacam itu.
masakan tidak aku jadi prejudis,
sahabat yang pernah aku sanjungi dulu
satu persatu meninggalkan aku
sahabat yang dahulunya pernah sama-sama
berimpian untuk berkawan sehingga mati,
rupanya hanya melakar janji yang langsung tak bererti.
sahabat yang suatu ketika dulu berkongsi gelak dan tawa
makan, minum bersama, 
sama-sama mengejar cita-cita,
rupanya sahabat sementara. 
datang bila rasa perlu
dan bila kepentingan itu hilang, aku ditinggalkan.
itukah maksud sebenar erti sahabat?

sejak dari ketika itu, 
aku tidak lagi mahu bersahabat selamanya.
aku juga menjadi seperti mereka,
menjadi sahabat mee segera.


........

akhirnya Tuhan tunjukkan aku sesuatu.
tidak semua manusia seperti itu.
aku bertemu dengan sahabat yang salah
untuk dipertemukan dengan sahabat yang sejati.

berjumpanya aku dengan mereka bukanlah dirancang.
ia merupakan satu pertemuan yang direncana Tuhan.
sedikit demi sedikit rasa prejudis itu terhakis,
dibasuh dengan keikhlasan sahabat duniawi dan ukhrawi.

dan kini aku optimis
tentang nilai sebenar persahabatan.
jika bersahabat demi wang,
bila habis wang, habislah persahabatan.
jika bersahabat demi harta benda,
bila jatuh miskin kau akan ditinggalkan.
jika bersahabat demi darjat,
bila darjat tiada lagi, kawan akan pura-pura tidak lagi mengenali diri.
dan,
jika bersahabat demi Tuhan, 
maka Tuhan akan memberkati ukhuwah itu.

jadi ikhlaskan hati dalam persahabatan
demi Tuhan.




auch_down

4 comments:

farysa said...

nk mencari sahabt sejati mmg ssh
tp insyaallah mereka wujud ntk kita
=D

Haila said...

i'm touched

tinahensem said...

Moga Allah berkati persahabatan kita.
Frankly speaking, when you have found your jewels in life, you will be grateful =)

Setiap hari pun ada cerita baru! Yeah!

Stay awesome JoJo!

JoJo said...

Farysa: yeap, indeed. dah banyak kali jumpa sahabat sementara. akhirnya jumpa jgak sahabat selamanya. Allah itu Maha Adil.

Sue dan Fathi: khas buat anda-anda semua..


Friend is a secure shelter. whoever found one, have found a treasure.