Monday, January 14, 2013

Metafora Pelangi





 ibarat kau adalah pelangi
yang hadirnya tidak berkali-kali
bias kau sukar dicari
penghujung kau yang tiada pasti

 pelangi adalah ibarat kau
Ciptaan Tuhan yang tak terjangkau
 di depan aku walau
membuat hati kelam dalam galau

 kau adalah ibarat pelangi
yang selalu aku harap menjadi
meneman aku dikala sepi
dan tatkala aku menyendiri

pelangi itu adalah kau
yang akan selalu aku jagai
yang aku impikan kalau
diri kau aku miliki

tak mungkin barangkali
mengharap sesuatu yang tak pasti
kerana sesungguhnya ini
sekadar mimpi kesiangan hari


20130114
1001


auch_down

No comments: