menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal
dengan rasa yang tak tahu nak describe macam mana.
nak kata happy, tak jugak.
nak kata sedih pun tak jugak.
pokok pangkalnya, takda perasaan.
dalam kiraan beberapa hari lagi,
akan kembali aku ke dunia kesibukan.
utmost busy-ness yang aku ceritakan sebelum.
baru selesai flick thru schedule untuk semester baru,
macam gigi yang rongak kalau nak digambarkan.
suka tak suka tetap kena suka.
dalam otak dok merangka apa yang boleh dibuat
untuk menghabiskan sisa cuti ini,
berharap dengan cara ini masa akan kurang pantas berjalan.
kalau dibiar kosongan, cepat pulak masa berlalu nanti.
sudah tentu aku tak mahu itu berlaku.
cadang nak merayau pergi shopping mall
sorang-soranglah sebab takda peneman
tapi takut kena culik pulak,
kan banyak kes culik sekarang.
jelir lidah kat diri sendiri sebab perasan.
jadi sekarang dok mempersiapkan
mental dan fizikal demi untuk kembali
ke alam persekolahan.
rutin senang lenang kena tolak hujung meja dulu
rutin kesibukan bawak ke tengah.
cuma berharap semester mendatang ini
berbaik-baik dengan aku
walaupun tiap-tiap semester akan diuji dengan
pelbagai cabaran.
kerana itu lumrah, aku dah terbiasa.
end.
No comments:
Post a Comment