terpengaruh dengan novel Fixi
entry blog pun jadi satu perkataan saja.
okeh,
sepanjang kehidupan aku,
berani aku katakan,
(bukan beriani)
yang aku dah baca beratus buku.
aku berani kerat rumput rumah aku,
rumah korang buat apa.
haha
dan boleh juga aku katakan
yang separuh dari ratus itu,
adalah novel.
ya! aku adalah salah seorang dari
manusia yang suka membaca novel.
Takkan makan novel pulak kan.
waktu muda-muda dulu
(bila pulak aku tua)
tak dinafikan memang genre yang jadi pilihan
adalah cinta.
biasa lah, remaja berdarah panas.
err, takda kena mengena pun.
memang berangan banyak waktu tu,
"ber-hangan" jadi watak utama
hero pulak handsome, kaya,
pandai serba-serbi, CEO syarikat semualah.
hangin aku bila dikenang balik!
okay, kita lari tajuk sikit,
pada aku,
realiti dan fantasi itu adalah satu perkara yang berbeza
definisi aku;
(bukan dari kamus)
fantasi ialah, suatu angan-angan
mere dreaming
manakala realiti ialah
apabila kita merealisasikan angan-angan tersebut
yang bermula dari sebuah fantasi.
berbalik kepada tajuk,
boleh dikatakan aku berfantasi sahaja dulu.
bila dah dewasa sikit,
(in denial syndrome, taknak mengaku dewasa)
bila dah terlampau banyak sangat hadap
novel cintan-cintun tu, aku jadi muak.
sungguh,
rasa dia macam makan meggi sebulan tak henti,
muak kan.
boleh kena penyakit pulak tu.
sejak aku berkenalan dengan seorang penulis
yang bernama H (bukan nama sebenar),
padahal kenal dalam buku je,
aku mula kurang minat dengan novel bergenre cintun.
beralih kepada novel berunsur perubahan diri.
changes.
yes, people change,
so do i.
jadi ingin aku tekankan di sini,
tak perlu berpaksikan cinta manusia
untuk menulis sesuatu novel.
kan bagus kalau novel itu mampu
menjadi penggerak kita untuk berubah.
yelah, dah korang kalau nak baca buku agama liat aje
(okay, kena kat batang hidung sendiri jugak)
apa salahnya kalau novel itu
dijadikan medium dakwah.
yang sempoi, tak perlu berbahasa tinggi
sepertimana penulis; Hlovate.
novel yang menjadi inspirasi
yang tak basi
sampai bila-bila.
p/s: belum cukup ilmu untuk bagi inspirasi.
auch_down
No comments:
Post a Comment