Wednesday, February 15, 2012

Seribu Rasa




Kerap kali aku menulis disini
dalam bahasa sendiri
sejak akhir-akhir ini.
 entahlah, mungkin
kalau nak meluahkan rasa hati
dengan bahasa sendiri lebih memuaskan, barangkali. 

baru aku hendak menghirup nafas segar
datang lagi seribu rasa
membuatkan aliran udara
tersekat-sekat di dalam dada.

Tuhan, datang lagi dugaan Mu...

maafkan diri ini 
andai bicara menghiris hati
atau rasa jemu mula mengongsi
sampai timbul rasa benci.

kepada dia yang dihormati
ada nasihat yang ingin dikongsi...

belum pernah mengenali
sudah pandai berteka teki
 kalau yang baik tidak mengapa lagi
ini tidak, sudah pandai memberi teori

rendah sangatkah kalau tidak selalu bersuara?
hina sangatkah kalau jarang melontar idea?
mulia sangatkah mereka yang kaya?
tinggi darjatkah mereka yang penjajah menjadi bahasanya?

silap percaturan itu namanya
jangan lupa
orang bijak kurang bicara.

manusia punya kelebihan
kekurangan 
keistimewaan
tersendiri, 
yang simpannya
jauh dalam dasar hati.

jadi jangan terlalu mudah menghakimi
jangan mudah meninggi diri
jangan mudah berhidung tinggi
jangan mudah mendabik diri
terpengaruh hanya kerana berintelektual tinggi
itu semua kurniaan Ilahi
sepejaman mata sahaja boleh ditarik kembali. 

diri ini tahu akan diri
memang kurang cerdik 
memang kurang pandai
tapi hati ini masih celik
cukuplah sekadar berpegang pada realiti
 pengalaman digenggam sekuat hati
bekalan pedoman di kemudian hari.

kerana rasa hormat bersarang dalam hati
kata-kata ini diberi
biarpun tidak seindah dan tidak berbahasa tinggi
harap dapat semat dalam nurani.

cuma itu keinginan diri. 
semoga dirinya memahami..
 
 


auch_down

2 comments:

Haila said...

hebat la penulisan zie..blh tulis novel ni..sgt mendalam maksud tu.. sue faham perasaan zie tu sb same goes to me..

JoJo said...

hehe, takde la hebat mana.. belum sampai tahap boleh tulis novel lagi..
itulah, kita sabar aje lah, n be positive..