Saturday, May 11, 2013

Dunia Tak Masuk Akal


semakin tak masuk akal dunia ini
jangan salahkan dunia tetapi
salahkan segenap isi.

segenap isi?
haiwan sekali?
kalau dibilang kurang bijak
mungkin sesuai barangkali.

manusia makin hilang kewarasan diri.

hidup berjoli,
hingga dinihari,
togok arak dan todi,
bebas berhubungan,
hingga lahir anak tanpa ikatan,
itu kau panggil kehidupan?

ke mana perginya akal,
ke mana hilangnya akhlak,
di mana duduknya Tuhan
di hati kau?

kau lupa mungkin,
dunia ini bukan yang pasti,
hakiki ternyata di akhirat nanti.

pilihan bukan pada sesiapa tapi diri
nak teruskan sampai bergegar bumi
atau kembali kepada fitrah insani
selagi Tuhan masih Mengasihani
jangan bila pintu taubat sudah ditutupi
baru kau meratap minta dikasihani
kerana
tika dan saat itu,
tergolonglah kau antara orang-orang yang rugi.


0927
110513



The End Of The Topic.

No comments: