Sunday, May 26, 2013
Hati Kecil
dengar sini hati kecil mahu berbicara
hati kecil yang memang kecil sebesar genggaman tangan.
tatkala busy membuat research untuk paper exam yang seterusnya,
gigih lagi tangan ini menekan-nekan keyboard
mahu melepaskan tekanan, kaedahnya.
mencuri sedetik masa
dari celah-celah ribuan detik.
multi-tasking lah katakan.
pusing kepala
macam putaran kipas siling nombor 5
memikirkan cara nak mengingat banyak
banyak terma.
yang familiar kurang, yang asing banyak.
belajar secara sambilan.
sambil menaip, sambil buat research
sambil bersosial, sambil garu-garu kepala.
yang fokus kurang, yang leka banyak.
teng teng, teng teng.
bunyi deringan mesej.
bertambah lagi aktiviti sambilan
yang kurang ilmiah.
selongkar sana, selongkar sini.
mencari punca bunyi yang tenggelam
dek ditelan lautan selimut dan bantal.
tak ada punca.
memang.
hati kecil berbicara
tentang rentetan kehidupan.
mendatar.
betul, tak ada yang tak betul.
monolog sang pencari.
sekadar melepaskan keluhan maya.
berbasa-basi.
kosong tak punya isi
itulah realiti.
The End Of The Topic.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment