Assalamualaikum..
kali ni saya terpanggil untuk berdiskusi mengenai topik yg lebih serius dan amat penting bagi sekalian umat Islam khususnya..
pernah tak korang terfikir ape yang korang ade ni hanyalah untuk sementara sahaja?? misalnye laptop kat depan korang nih, family korang.. pernah tak korang terfikir yang tak lama lagi semua nih akan lenyap sekelip mata...pernah tak korang terfikir akan alam yang lagi satu lagi? yakni yang abadi..
rasanya kalau kita muhasabah diri, cuba merenung sejenak ke luar jendela dan lihat yang alam ni akan lenyap walaupun kita tak tahu bila, tiba-tiba terpandangkan matahari terbit di sebelah barat..pasti akan menggigil seluruh tubuh badan.. takut..
bagi yang sedar, pasti akan terbayang, bagaimana persediaan untuk menghadap yang Maha Kekal, sudah cukupkah segala amalan, layak diri ke syurga atau diseksa dalam api neraka yang pedih dan mengazabkan..
tetapi bagi yang hanyut, mungkin pernah juga terlintas difikiran bahawa semua ini akan lenyap.. dan takut juga.. sayangnya bukan kerana terfikirkan alam akhirat yang abadi, tetapi takut mati kerana hati lebih menyayangi duniawi.. terbayang akan kemanisan dunia yang fana..alangkah ruginya golongan ini..
bukan itu juga yang ingin disampaikan kerana saya yakin kalian cukup arif akan perkara di atas.. yang ingin disebarkan ialah mengenai rancangan2 jahat manusia yang bertuhankan syaitan untuk menghancurkan islam..
apakah rancangan tersebut?? pasti akan tersentak apabila kalian mengetahuinya.. namun akan saya bincangkan di entri yang akan datang..
wassalam..
No comments:
Post a Comment