Monday, November 30, 2009

sukarnya perpisahan...

hati sedih
hati pedih
untuk melalui perpisahan ini

hati merintih
hati menangis
memikirkan kau yang bakal hilang dari mata

demi mengejar cita-cita
aku terpaksa melupakan cinta seketika

aku tak mampu
aku tak kuat
aku lemah

akan tetapi
kau tak pernah putus asa memberi kata semangat
kau tak pernah mengeluh memberi dorongan dan harapan

oleh kerana itu
aku berjanji akan setia menanti dirimu
aku berjanji akan menyayangimu setulus hati

kau dan aku tetap akan bersama suatu hari nanti...

No comments: