Monday, November 7, 2011

Terima Kasih Segalanya..



I

belum pernah terdetik dek akal
 menjejaki tempat yang sebegini rupa
yang luarannya indah bagai syurga
yang menjadi impiannya setiap manusia

hebatnya permainan mereka
memperdaya manusia 
dengan agenda yang pelbagai rupa
sehingga buta pandangan mata

pandainya mereka mencatur suasana
 berlumba lumba mereka tertawa
jika enggan menerima bermakna
gelap gelita segala-gala

semuanya tidak lagi bermakna
bukan kerana mampu itu tiada
tetapi keberanian sedikit cuma
maka menarilah di balik bayangan mereka


II

namun aku berterima kasih juga
pada mereka mereka semua
kerana di ruangan inilah
aku mengenal erti dunia

tidak pernah lagi aku sebegini
sebelum dunia ini aku jejaki
di tempat ini aku pelajari
pelbagai rasa yang berbekas di hati

disini aku semakin mengerti
indahnya perkataan benci
manisnya rasa dikhianati
enaknya rasa iri hati

disini juga aku melalui
sakitnya pengorbanan tak terperi
hanya kerana demi 
mencapai sebuah hadiah yang balutannya duniawi

segera juga aku fahamkan
maknanya kawan
dan juga kebahagiaan
yang bersulamkan kejujuran

walaupun terselit rasa terpaksa
yang wujud pada mulanya
hati gagahkan menerima takdir-Nya
dan terima kasih untuk segala-galanya


jojojie_110711_1400


auch_down

No comments: