Tuesday, January 31, 2012

Kembali



 ada kecelaruan yang melanda jiwa 
semenjak dua menjak ini.
oleh kerana rasa untuk menanggung itu sudah rapuh
lalu keputusan membawa diri di ambil
tanpa berfikir untuk jangka masa yang panjang.

hadirnya Dia dalam hidup sudah lama.
cuma jarang sekali diberi perhatian.
alangkah hinanya diri ini yang melupakanNya
sedangkan Dia tidak pernah melupakan hambaNya.

berbekalkan kekuatan yang Dia beri
aku mahu kembali.
bertemankan nasihat rakan-rakan yang disayangi
aku mahu kembali.

Terima kasih Tuhan atas Rahmat yang Kau beri.
tidak akan disia-siakan peluang entah ke berapa kali
Kawan-kawan yang selalu ada di sisi, aku hargai.
tanpa kalian entah apa yang akan berlaku pada diri ini.

dengan semangat yang baru, 
aku kembali.





auch_down

3 comments:

tinahensem said...

=) when you are falling away, remember, HE will always be there for you.

JoJo said...

Yes.. i will never forget HIM. thanks my beloved friend! ^^

tinahensem said...

My pleasure... =)