Thursday, May 24, 2012

Tinta Biasa


 Wah, dalam minggu exam pun masih punya waktu 
untuk menaip post?
anggap sahaja ini terapi.
menghadap nota dan buku saja 
boleh bikin aku stress.

feeling no good.
mungkin kerana minggu exam.

pernah rasa tak ada sesuatu 
yang ingin kita luahkan 
tapi tak dapat nak diluahkan 
dengan ayat.
seolah-olah tiada ayat yang 
mampu menjelaskan rasa itu
dengan tepat sekali.
jadi aku simpan saja dalam hati.

pernah tak rasa sedih
bila orang salah anggap diri kita.
sedangkan mereka tak tahu
kondisi sebenar diri kita.
prinsip aku senang saja,
"mock me, back-bite me, I'll get your Pahala"

pernah tak rasa sedih 
bila dengar lagu, 
tiba-tiba rasa sebak yang amat.
mungkin kerana lagu tersebut
seakan menggambarkan 
perasaan yang dialami.
itu sebenarnya terapi,
kalau ego dengan diri sendiri
boleh membunuh jiwa.
tak salah pun kalau menangis sekali sekala,
lebih indah jika tangisan itu penyesalan atas dosa lalu

pernah tak rasa, 
macam nak bawa diri jauh, 
ke suatu tempat yang asing
tempat yang tiada orang mengenali.
untuk menenang jiwa.
melihat kebesaran Tuhan,
membebaskan jiwa dari rasa benci  
hasad dengki, rasa iri hati
membersihkan jiwa.
teringin nak pergi ke tempat sebegitu, 
bagi merawat hati.

aku yakin, pasti ada rasa tersebut
pernah terlintas di hati.
tepuk jiwa, tanyalah diri sendiri.
tak perlu berlagak jadi kuat macam besi
sedangkan dalam hati serapuh kayu.
dah nama pun manusia, 
tak boleh lari dari fitrah.

selesai sudah terapi,
now back to study.


 auch_down

No comments: