Asyik-asyik tulis pasal manusia lain,
mahu juga cerita perihal diri.
ye tak..
Tak??
boleh jalan ke blog yang lain
ok, itu namanya gurau kasar.
abaikan.
sejak akhir-akhir ini
diri ini telah dilanda penyakit.
penyakit yang tidak ber-aduh.
iaitu penyakit malas.
sebenarnya sudah sejak azali lagi
penyakit ini bersarang dalam diri ini
cuma sejak dua tiga menjak ni,
makin menjadi-jadi pula.
mungkin juga itu adalah alasan yang dibuat
setelah hampir sebulan tak aktif dalam dunia blogging.
mungkin juga aku kena rajin makan kismis
tapi bagaimana mungkin itu terjadi
kalau nak makan pun
rasa malas datang bertimpa-timpa.
diri ini juga dapat merasakan semakin lemah
kadangkala rasa tak mampu menghadapi dunia mendatang
mujur iman masih beraja,
yakin bahawa Tuhan itu selalu ada
membantu diri ini bangun.
aku bukan lagi aku yang dulu.
mungkin aku harus berenang
menyelam sedalam mungkin
ke dasar hati
untuk mencari lagi diri
yang menghilangkan diri
entah ke mana.
oleh sebab itu,
terpaksa aku memakai topeng
kemana-mana
hanya senyuman di muka
di hati Tuhan yang mengerti.
kita harus sedar
yang tidak semua manusia memahami
buktinya tulisan ini, aku mahu tanya
siapa yang mengerti?
tapi,
tidak pernah sekali aku memaksa
manusia memahami aku.
aku tak perlu semua itu.
cukuplah Tuhan saja yang tahu.
auch_down
No comments:
Post a Comment