Tuesday, August 28, 2012

Guitar





 ini permintaan.
abaikan pemain,
lihat pada benda yang dimainkan.
itu dipanggil,
gitar.

dia lah yang bagi.
dia juga lah yang suruh.
ini paksaan.
haha

sebenarnya pemegang gitar itu, 
sudah mahir,
sangat mahir
pegang gitar.

mahir bermetik aje yang belum.
apatah lagi nak menggoreng
atau merebus,
membakar 
gitar tersebut.

okay, sudah.
puas hati?
noktah.

 p/s: dah lunas janji.




auch_down

Dream




"during the day or night, if you are worried or upset,
 or feeling something about someone, something,
 it all comes out. You think or dream about it when asleep."

 there are no absolute reasons
why we dream.
no one actually know why people dream.

"Mimpi sekadar mainan tidur"
"Mimpi itu mainan syaitan"

sometimes, 
people do hate dream.
because it just bad.
it is called nightmare.

sometimes,
people do hate sweet dreams too.
because it gives false hope. 
that will likely to happen not.
some people just way too immerse with dream
that is the side effect of sweet dream.

dream comes true.
many people hope for it.
it does happen. 
once in aeon.

most likely for it to come true
is impossible.
 because dream is just a dream.


 p/s: I have a dream that
       I will never stop dreaming 
    

 auch_down

Sunday, August 26, 2012

The Real Flames






The little fire
that i used to ignore
became my real flames
that light my world today.

****

 sebelum ni pernah aku bicara
soal masa depan aku
tatkala mengambil course English ini.

aku pernah bilang, 
aku berjiwa seni,
yang ingin menjadi seorang designer.
Interior designer.
langkah aku tidak kesampaian untuk ke situ
aku hanya mampu merancang.

bukan aku tidak berminat dengan bahasa
sungguh aku minat. 
tak main-main.
cuma tika itu
aku rasa tak kena.
I used to believe
English wasn't my real flames 
at that moment.

jadi, 
aku tak begitu bersungguh.
pointer turun.
aku sedih.
sering tertanya-tanya
menyesal. 
kenapa jadi macam ni.
but then again,
aku sedar sendiri.
selamanya tak boleh macam ni.

lagi pula, 
course English ni sebenarnya menarik.
yang amat.
benda yang tak pernah aku terfikir,
aku buat.
contohnya,
staging.
mana pernah seumur hidup terfikir
nak berlakon segala.
walaupun tak sehebat pelakon sebenar
ibarat kayu jati selayaknya,
tapi pengalaman tu yang aku ambil.

ambil course ni, 
buat aku kenal macam-macam perkara.
manusia dan kehidupan.
aku belajar pelbagai.

kemudian, baru aku sedar hikmahnya
betapa Tuhan telah tunjukkan depan mata.
hebat perancangan Tuhan.
sekarang aku tak menyesal lagi.
berharap agar sentiasa Tuhan bantu.

bila perasaan dan fikiran positif mengambil tempat
aura negatif takkan dapat peluang langsung
untuk menguasai diri seseorang itu.
macam mana itu boleh berlaku?
senang aje,
bergurulah dengan pengalaman.


p/s: pernah berguru dengan pengalaman
      masih berguru dengan pengalaman
      akan sentiasa berguru dengan pengalaman
     
 



auch_down

Thursday, August 23, 2012

Home Sweet Home



yes, exactly.
no place like home.
no place like our own room and bed.

arrived safely at home.
after 7 hours of journey.
not tiring at all since it is me who drive, not.
haha 

****

menyambut Hari Lebaran dengan penuh kesederhanaan.
seperti kebiasaannya lah, hari raya yang pertama saja yang betul-betul meriah.
masa tulah dapat jumpa saudara jauh dekat, 
sepupu sepapat sepuput
yang dah lama tak jumpa.
 masuk raya kedua dan seterusnya
ziarah menziarahi lah.
keluar pagi balik malam.
sampai rumah terus tidur.

selepas lebih kurang 4 hari di menghirup udara kampung, 
tanah tumpah darah ibubapa,
akhirnya kembali jua ke bandar.
Home Sweet Home.
akhirnya dapat landing atas katil sendiri.
itu merupakan satu nikmat yang tak terhingga.

aku memang orang bandar,
tapi aku tak kekok di kampung.
asal aku dari sana,
walau lahir dekat kota metropolitan.
tapi memang tak dapat nak sangkal,
aku selesa di tempat sendiri.
kampung bukanlah asing, 
cuma bukan tempat bermain.

jangan anggap aku lupa daratan 
atau lupa diri pelbagai.
sebab kata pepatah Melayu sendiri ada bilang,
"tempat jatuh lagi kan dikenang, apatah lagi tempat bermain"
takdir menentukan tempat bermain aku di sini.

sudah,
enough merapu.
Selamat Hari Raya semua! 
5 Syawal.
 

 
p/s: aku sekarang menulis dalam dwibahasa
       kerana aku pencinta kedua-duanya.




auch_down

Friday, August 17, 2012

Freedom!






Freedom!!
yeah, haruslah freedom perasaan itu. 
bila mana beban sudah dilepaskan dari genggaman
diangkat dari bahu.

banyak perkara yang dah aku lepaskan.
berjaya, success
after lots of trial and error.

tak sangka perasaan itu seindah ini
selepas belajar melepaskan.
sebelum ini nafas serasa berat bertan-tan
kini aku mampu tarik nafas yang dah ringan.
nafas aku dah lose weight. haha

pertama sekali.
exam dah habis.
what do you expect?
for sure, freedom.
from books and notes
assignments and presentation. 

hidup aku kembali normal.
sebelum ni tak normal kah?
dengan yakin aku menjawab, "Tak"
tak aku menjadi diri sendiri.
tak aku dapat buat benda yang disukai.
I wasn't living yet surviving.

sekarang aku boleh menikmati kehidupan.
sketching,
leisure reading, 
watching..movies.
leisure writing.
indahnya kehidupan, 
bila dapat buat perkara yang kita suka.

lagi satu perkara.
kini aku belajar melepaskan.
dulu aku keliru agaknya.
dimainkan perasaan sendiri.
berani sungguh perasaan aku eh!
tapi dengan bantuan-Nya,
yang banyak,
aku berjaya lagi.

dengan bantuanNya, 
aku buat keputusan drastik.
melepaskan demi kebahagiaan yang hakiki.
itu yang aku cari.
berbolak balik perasaan mulanya,
tapi aku nekad.
kini aku pasti.

penat tahu tak.
bawa beban ke sana kemari.
belajarlah melepaskan.
best perasaan itu. 
duniawi tak kemana
di sana yang kekal.

ramble enough.
meniti hari-hari terakhir Ramadhan.
Selamat Hari Raya semua!
 
p/s: I am gonna be strong
      perkataan yang selalu aku guna
      sejak akhir-akhir ini.



auch_down

Friday, August 10, 2012

Perjuangan separa usai



 bunyi bising.
tak boleh nak fokus.
pejam mata, 
bunyi makin kuat
genggam tangan sendiri
sejuk tak kebah.

separuh jalan dah usai.
lagi separuh jalan yang tinggal.
berat mata melihat, 
berat lagi bahu yang menanggung.

banyaknya impian.
terlalu banyak tak tertulis.
impian terdekat
impian terjauh
impian tak tercapai
impian tak mustahil tercapai
impian tinggal impian pun ada
semua impian itu, 
semuanya masih dalam kekaburan.

dalam mengejar impian
perjuangan masih belum selesai
jauhnya perjalanan.
terlalu jauh.

resah betul.
mengharapkan itu, 
mengharapkan ini.
ada yang tergapai,
ada yang terkapai-kapai.

resah tak berpenghujung
masih mencari tanda noktah.
di mana akhirnya keresahan ini,
Tuhan belum bagi petunjuk.

letih berlari, 
berjalan.
penat berjalan, 
merangkak.
tiada berupaya, 
duduk.
jumpa kekuatan, 
sambung berlari.

minda tetap harus tenang
hati kena selalu cekal
jiwa jangan sentiasa rapuh

tiap permulaan, 
ada pengakhiran.
perjuangan yang separa
akan berlabuh jua.

tapi bukan di sini, 
di negeri yang pasti.



auch_down

Monday, August 6, 2012

This Feeling.

 this feeling, 
surely like a tide.
that ebb and flow.

this feeling,
surely like a rainbow
that mixed and colourful.

this feeling, 
surely like a season
that will absolutely changed.

this feeling, 
surely like an ice
that frosty and cold.

this feeling,
surely like a fire,
that hot and burn.

this feeling, 
surely like the wind
that cool and breezing.

this feeling, 
surely like a puzzle
that need to be solved.

this feeling, 
surely like a glass,
that fragile.

this feeling, 
surely like a sponge,
that soft and tender.

this feeling,
this feeling, 
is indescribable.




auch_down

If I Let You Go



Day after day
Time pass away
And I just can't get you out my mind
Nobody knows
I hide it inside
I keep on searching
But I can't find
The courage to show
To letting you know
I never felt so much love before
And once again
I'm thinking about
Taking the easy way out

 Night after night
I hear myself say
What can't this feeling just fade away
There's no one like you
Can speak to my heart
It's just a shame we worlds apart
I'm too shy to ask
I'm too proud to lose
But sooner or later
I've got to choose
And once again
I'm thinking about
taking the easy way out

 But if I let you go
I will never know
What's my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know
If I let you go



 i don't know what's going on, but
this song keep bugging my mind lately. ahaha
for sure i like this song
this song reminds me of my past.
nothing much, just reminiscing..


auch_down