The little fire
that i used to ignore
became my real flames
that light my world today.
****
sebelum ni pernah aku bicara
soal masa depan aku
tatkala mengambil course English ini.
aku pernah bilang,
aku berjiwa seni,
yang ingin menjadi seorang designer.
Interior designer.
langkah aku tidak kesampaian untuk ke situ
aku hanya mampu merancang.
bukan aku tidak berminat dengan bahasa
sungguh aku minat.
tak main-main.
cuma tika itu
aku rasa tak kena.
I used to believe
English wasn't my real flames
at that moment.
jadi,
aku tak begitu bersungguh.
pointer turun.
aku sedih.
sering tertanya-tanya
menyesal.
kenapa jadi macam ni.
but then again,
aku sedar sendiri.
selamanya tak boleh macam ni.
lagi pula,
course English ni sebenarnya menarik.
yang amat.
benda yang tak pernah aku terfikir,
aku buat.
contohnya,
staging.
mana pernah seumur hidup terfikir
nak berlakon segala.
walaupun tak sehebat pelakon sebenar
ibarat kayu jati selayaknya,
tapi pengalaman tu yang aku ambil.
ambil course ni,
buat aku kenal macam-macam perkara.
manusia dan kehidupan.
aku belajar pelbagai.
kemudian, baru aku sedar hikmahnya
betapa Tuhan telah tunjukkan depan mata.
hebat perancangan Tuhan.
sekarang aku tak menyesal lagi.
berharap agar sentiasa Tuhan bantu.
bila perasaan dan fikiran positif mengambil tempat
aura negatif takkan dapat peluang langsung
untuk menguasai diri seseorang itu.
macam mana itu boleh berlaku?
senang aje,
bergurulah dengan pengalaman.
p/s: pernah berguru dengan pengalaman
masih berguru dengan pengalaman
akan sentiasa berguru dengan pengalaman
auch_down
No comments:
Post a Comment