Tuesday, August 31, 2010




true or not??

p/s: mentang2 tgh mode exam..huhu mendera jiwa..

Saya Anak Malaysia!!!

Assalamualaikum..

hari ini kita akan menyambut 
hari kemerdekaan buat kali yang ke 53
sudah 53 tahun kita bebas dari taklukan penjajah 
harap2 jugalah minda dan jiwa kita ni pun 
bebas dari anasir2 penjajah nun
sama-sama lah kita menghayati erti kemerdekaan
dan bersyukur kepadaNya 
kerana memberi kita peluang yang tak ternilai 
mengecapi udara tanpa rasa bimbang dan takut 
seperti mana orang2 terdahulu 
hargailah usaha2 mereka 
yang bersusah payah 
membebaskan kita 
supaya kita dapat menikmati keamanan 
semoga keharmonian ni kekal sampai bila2..
InshaAllah.. 

MERDEKA!!!!! 


Sunday, August 29, 2010

menjelang hari raya..

Assalamualaikum..

wah, rasa macam dah lama tak menaip..
takda mood la nak menaip2 cerita..
walaupun banyak yang mahu diceritakan..
dan seperti yang kita tahu, 
kalau korang semua alert la, 
kita sudah hampir memasuki fasa ketiga ramadhan 
iaitu "delete" kan nama kita dari senarai 
mereka2 yang layak, memenuhi kriteria utk masuk api neraka
kot2 ada nama kita terselit ke, 
cepat2 lah ambil peluang ini yaa..
 juga rebut malam seribu bulan yang takda pada bulan lain
"lailatul Qadr" 

selain dari itu 
Eidul Fitri juga bakal menjelang.
ada juga lagu2 raya dah kedengaran.
student2 yang duduk jauh
utara, selatan, timur dan barat
dah sibuk beli tiket balik
dan tak sabar nak bertemu famili terchenta. 
mesti korang dah buat persiapan sikit2 kan..
apa2 pun, biarlah berpada2 dan sederhana yer..

tadi aku pergi sogo dengan famili..
mak aihh, ramai giler umat manusia kat situ.
biasa la kalau ada sale kan..
aku just beli jeans sehelai je. 
dalam pada sibuk shopping tu ada jugak dengar bunyi ni 
"seorang kanak-kanak memakai baju pink, berseluar jeans 
telah dijumpai. kepada ibu bapa kanak2 ini boleh lah tuntut anak 
anda di kaunter" 
tuntut?? haha.. 
kes macam ni mesti akan berlakukan..
kepada ibubapa, awasi anak anda
selain dari rambang mata tengok sale..

tapi ada juga yang menyakitkan mata hati dan jiwa..
bila tengok ada couple2 berjalan shopping sama2
sambil pegang2 tangan, peluk bahu pinggang dan sewaktu dengannya..
heyy, agak2 lah sikit..
ini kan bulan mulia, tolong la jangan cemarkan..
bawa2 lah bertaubat yer.. 

oklah, itu je la untuk kali ni..
selamat beribadah!
^___^ \,/




Thursday, August 26, 2010

hari ni..

Assalamualaikum..

it feels so good to be back!!
woah.. baru terasa lega yang amat nih..
minggu ni serius aku rasa amat perit..
yelah exam kan..
tak teratur kehidupan aku minggu nih..
tidur pun tak menentu je..
study punya pasal..  
harap2 result pun baik la..
dengan izin Allah..
Amin..

ok2.. tapi 
exam tak habis lagi sebenarnya..
minggu depan bakal menjanjikan
satu penyeksaan jiwa dan raga..
semoga aku tabah menghadapi semua itu ya..
tapi yang bestnya 
lepas tu cuti!
hoyeh..hoyeh..
oklah, setakat itu jerlah yer..
^___^ \,/

Monday, August 23, 2010

exam oh exam!

Assalamualaikum..

sila tengok tajuk diatas..
tapi masih mahu online lagi..
tak serik-serik..
ehehehe..
saje2 mahu online sekejap sebelum berjuang
esok aku ada exam Science of Quran.
banyak nak kena hafal istilah2 ni..
kasi masak ini otak ya.
maybe takkan ada entry lagi untuk beberapa hari.
tetapi kalau ada jugak, cubit aku.
kalau dapat lah..ehehe
oklah kawan2.. 
jumpa nanti ya..
kepada student2 UIA khususnya, 
selamat menduduki midterm exam ya.. 
 ^___^ \,/

Sunday, August 22, 2010

ada apa dengan adab?

Assalamualaikum..

aku pelik juga dengan jiwa aku ni.
kalau tak tulis, sampai berhari-hari
tapi kalau dah start menulis tak boleh nak berhenti.
baru je selesai baca novel online milik kawan
miss Wan Hazimah.
good job! keep it! 
rasa seronok tengok kawan-kawan
yang success di bidang masing-masing. 

lenguh semangat aku minggu ni.
melayan pe'el tenaga pengajar dan kawan
mana tidak nya, kami (aku dan kawan2 grup aku) 
dituduh melakukan plagiarism dalam assignment
Tidak pernah sekali aku menciplak idea sesiapa
tapi kalau kami ditegur secara dengan adab sopan
mungkin masih boleh diterima akal
ayat dia cukup pedas sampai panas telinga
memang bikin jiwa kacau lah! 

pada pendapat aku, dia tak professional
tak guna belajar tinggi-tinggi 
andai tak tahu cara beretika dengan pelajar
tapi aku masih punya rasa hormat
sebab aku belajar adab2 itu ketika masih rebung lagi. 

oklah, takut pula aku kena saman nanti..ehehe
aku twist benda ni kearah yang positif
jadi optimis la.
biasa lah, aku budak baru belajar.
kalau salah dan silap tegurlah ye.
dengan berhemah. 
^___^ \,/



Saturday, August 21, 2010

hari ni sebelas ramadhan..

Assalamualaikum..

hari-hari berlalu seperti biasa 
tiada apa-apa yang menarik 
tapi yang indah sudah tentu ada
kemanisan berpuasa. 

cepat sungguh ya masa berlalu
antara sedar atau tidak 
sekarang sudah hari kesebelas Ramadhan
heyy, sudah memasuki fasa baru.
fasa kedua iaitu keampunan 
mari sama-sama kita buru maghfirah 
daripada Allah s.w.t 

minggu depan sudah mahu exam.
pasti aku akan menjadi bertambah sibuk
tapi ulangkaji belum mula.
risau..risau..risau..
kena start buat telaah ni. 
nanti blurr je waktu exam.
aku yang merana tak berkesudahan..

berjeda seketika..
kenapa??
idea tak masuklah dalam sel-sel otak ni.
padahal tadi idea membuak-buak..
tiba-tiba hilang..

takapa lah.. 
nanti-nanti lah..
mahu mencari diri dulu la yer..
muhasabah diri sebetulnya..
ok..
papai.. 
^___^ \,/

Friday, August 20, 2010

kalau ada sesiapa jumpa dia nih, bagitau aku..

Assalamualaikum..

siapa dia tuh, mamat yang mengelarkan dirinya
"Salleh Gregor Samsa" 
kenal tidak? 
yang menghina ibadah puasa dalam FB.
kalau anda terjumpa dia nih, sila report pada aku. 
kalau ikut hati memang mahu bunuh je, 
tapi Alhamdulilah aku masih berpegang,
pada Allah (bukan macam dia nih)
jadi tak boleh nak buat sesuka jiwa.

Ini lah salah satu contoh manusia yang, 
tak tahu bersyukur.
Allah dah cukup baik bagi dia, 
kesempatan bernafas kat muka bumi ni.
tapi tak bersyukur, malah menghina lagi. 
aku taknak cakap apa sangat kat manusia 
yang tak bersyukur ni.
cuma bersiap sedia jelah
untuk menjawab di Padang Masyar nanti. 
Allah kurnia dia dengan sebaik-baik kejadian
ada akal, ada otak, ada tangan
tapi salahguna pula.
kesian la dengan mereka ni.
terpedaya dengan agenda barat yang sesat tu.

jadi, 
kepada kita yang masih selamat aqidah 
berwaspada lah dengan makhluk yang macam ni. 
semoga iman dan aqidah kita kuat
untuk melawan anasir2 hina ini..
Ameen. 



Astaghfirullah.. semoga Allah melindungi kita dari anasir2 hina ini..


Thursday, August 19, 2010

update lagi..

Assalamualaikum..

dah berapa hari tak update haa??
hehe, busy lah minggu ni..
bercampur aduk dengan ketensionan
betul ke ayat tu?
confirm tak betul..ahaha

seriously memang sangat sibuk..
walaupun tugasan sudah di selesaikan dengan jayanya
tapi sebagai student sentiasa sibuk juga lah..
minggu depan exam midterm sudah mahu bermula.
keadaan pasti bertambah kalut yer. 
tapi bagus juga exam sekarang, 
dari exam lepas raya.
tak ada nikmat raya lah jawabnya kalau macam tu.
mahu juga join adik2 kumpul duit raya..hehe
masih tak sedar diri sudah hampir2 tak layak
untuk terima 'angpau' lagi. 

tetapi minggu ni juga..
aku menerima tamparan yang hebat..
walaupun bukan direct dekat pipi.
tapi sakitnya lebih dari itu. 
pernah kena tampar?? 
kalau pernah mesti akan mengerti..
Allah.. Allah..Allah..
dugaanMu kali ini benar2 menduga hati..
patah jiwa.

hamba sahut dugaan ini 
dengan tabah Allah..
Ya Muhaimin, bantu hamba ini.
permudahkan lah urusan hamba. 

okey2, sudah2..
La Tahzan yer..
kuatkan hati,
jantung, limpa, paru-paru..
^_^ \,/

Monday, August 16, 2010

Assalamualaikum..

ya..ya..aku tahu..
bertukar lagi lah.. 
untuk kali yang ke berapa 
aku sendiri tak pasti..
blog templates lah maksud aku..
rasa2 macam dah lebih lima kali 
tangan aku gatal2 nak tukar..
dah tukar tak puas ati lagi 
kali ni yang ni lah pulak..
ape2 pun tatp jer lah yer..
ok.. 
da da...

Sunday, August 15, 2010

pagi yang hening..

Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya tiada apa pun nak dicoretkan 
saja-saja menaip di pagi hening ni.
lepas gian! ahaha
rasa macam tak boleh nak tidur pulak
padahal malam tadi mata tak boleh nak lelap
hampir dinihari baru mata berat
mengenangkan dosa-dosa semalam
Allah terimakah taubat aku? 

aku ni manusia biasa 
yang dilengkapi dengan sembilan nafsu
dan satu akal.
bulan berkat ni mana ada syaitan
semua dah kena gari 
yang hanya tinggal itu lah..
tapi Ya Allah..
yang ini rupanya lagi kuat untuk ditewaskan
hampir-hampir saja aku kalah

tapi aku masih punya Dia
yang selalu bagi kekuatan 
walaupun aku selalu 
sangat selalu
melakukan dosa kecil dan besar
lupa leka alpa 
namun Dia tak pernah lupa aku
malahan selalu tolong aku
aku mahu menitiskan 
mutiara keinsafan 
tapi sekali lagi aku mahu Dia bantu
bantu aku melawan musuh-musuh ni..
Tolong ya Allah..

Friday, August 13, 2010

Akhirnya..

Assalamualaikum

dalam hati bertasbih-tasbih
pada bibir terkumat-kamit 
melafazkan satu perkataan
Alhamdulilah...

kerana apa?
untuk segala-galanya..
pertama, 
dapat berpuasa 
dapat berbuka
dan berterawih untuk hari ketiga
kedua, 
tugasan yang itu
3 tugasan itu
telah disiapkan 
dengan jayanya..
6 jam menghadap laptop
tak sia-sia..
Alhamdulilah..
syukur ya Allah..

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan..

Assalamualaikum..

memandangkan esok
kita akan menjejakkan kaki 
di bulan yang penuh dengan kemuliaan
bulan dimana pintu2 neraka ditutup seluruhnya
dan pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya
aku sebagai ahli blogger
mahu, sangat mahu
mengucapkan dengan hati yg tulus
"SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN"
"DAN SELAMAT BERPUASA" 
marilah sama-sama kita 
mengimarahkan bulan berkat ini
dengan amalan dan ibadah
mari berlumba-lumba
merebut pahala dan RahmatNya
semoga ramadhan tahun ni lebih indah dan bermakna 
berbanding yang sebelumnya..
Amin... 


Monday, August 9, 2010

mau menulis tapi...

Assalamualaikum..

aku mahu menulis malangnya takda idea lah
tapi tangan ni tergaru-garu tanda gatal
jangan salah paham lah..
gatal mahu menulis lah.. 

aku mahu jadi seorang penulis
yang dapat berkarya bukan semata-mata
kerana wang atau kerana mahu jadi terkenal
tapi aku mahu jadi seorang penulis 
yang segani kerana bakat aku
yang tersanjung kerana karya aku
dapat menghiburkan hati mereka
mereka yang minat lah..
yang tidak itu, boleh undur dua tiga tapak
mundur ke belakang

terlampau ramai sebenarnya
yang berbakat dalam bidang ini
tetapi akan, 
hanya yang bertuah saja 
yang mampu melangkah jauh ke depan
aku mahu..
sangat mahu..
menjadi seperti mereka itu..

mungkin tak boleh kut..
hanya bermimpi disiang 
dan di malam hari je lah..
terima kasih lah
kepada pencipta blog ni ye..
sekurang-kurangnya
di sini aku mampu
aku boleh
menurunkan idea
dan bakatku yang tak seberapa cuma ni..



Sunday, August 8, 2010

mau update sikit la..

Assalamualaikum..

rasa macam dah lame tak mengaktifkan diri dlm blog nih..
ye kawan2, sangat banyak perkara yg lebih menuntut perhatian 
sampai takde masa nak update blog, nasib baik belum bersawang lagi..
minggu depan saja sudah ada tiga assignments menunggu dalam waiting list
untuk disiapkan sekaligus dihantar ke meja, atau bawah pintu bilik pensyarah.
itu dah memang menjadi lumrah andai assignment perlu dihantar pada hari minggu
sangat pelik pensyarah disini kan kawan2..hahaha

jap2, sekarang dah masuk bulan Ogos?????
aku sendiri tak perasankan hal yg itu..
see, sangat sibuk sampai dah masuk bulan kemerdekaan tak sedar.
tapi satu aku tak lupa, RAMADHAN 
inshaAllah, lagi beberapa hari Ramadhan bakal menjelma..
bulan yang penuh dengan keberkatan dan RahmatNya..
Alhamdulilah, aku masih sangat bersyukur
sebab dipertemukan lagi dengan bulan rahmat ini
dengan kondisi yang sihat dan masih bernafas..
terima kasih Allah..
azam aku untuk Ramadhan tahun ni,
semoga ia lebih baik dari tahun2 yang sebelum..Amin.

mau cakap apa lagi yer..
sekarang aku sangat addicted kepada satu novel ni..
baru saja beli, tu pun macam saje2 sebab nak perabis duit
tapi tak silap keputusan rupanya aku.
novel itu sangat best, besh dan besht
ini merupakan kali kedua aku mengulangkaji novel tersebut
taknak bagi tahu novel ape..hehehe.. jahatkan..
disebalik kesibukan membuat dan menyiapkan tugasan
sempat juga aku mendalami novel tuh..
nak buat macam mane, sangat addicted..
dah macam dadah pulak.. 

oklah, mau sambung keja la..
nanti tak siap aku pulak yang meraung tak berlagu
sebab markah kena tolak..
ganbatte dan aja2 fighting untuk aku..
dan kawan2 yang senasib dengan aku jugak..

^___________________^