Assalamualaikum w.b.t
sebenarnya tiada apa pun nak dicoretkan
saja-saja menaip di pagi hening ni.
lepas gian! ahaha
rasa macam tak boleh nak tidur pulak
padahal malam tadi mata tak boleh nak lelap
hampir dinihari baru mata berat
mengenangkan dosa-dosa semalam
Allah terimakah taubat aku?
aku ni manusia biasa
yang dilengkapi dengan sembilan nafsu
dan satu akal.
bulan berkat ni mana ada syaitan
semua dah kena gari
yang hanya tinggal itu lah..
tapi Ya Allah..
yang ini rupanya lagi kuat untuk ditewaskan
hampir-hampir saja aku kalah
tapi aku masih punya Dia
yang selalu bagi kekuatan
walaupun aku selalu
sangat selalu
melakukan dosa kecil dan besar
lupa leka alpa
namun Dia tak pernah lupa aku
malahan selalu tolong aku
aku mahu menitiskan
mutiara keinsafan
tapi sekali lagi aku mahu Dia bantu
bantu aku melawan musuh-musuh ni..
Tolong ya Allah..
No comments:
Post a Comment