Assalamualaikum..
wah, rasa macam dah lama tak menaip..
takda mood la nak menaip2 cerita..
walaupun banyak yang mahu diceritakan..
dan seperti yang kita tahu,
kalau korang semua alert la,
kita sudah hampir memasuki fasa ketiga ramadhan
iaitu "delete" kan nama kita dari senarai
mereka2 yang layak, memenuhi kriteria utk masuk api neraka
kot2 ada nama kita terselit ke,
cepat2 lah ambil peluang ini yaa..
juga rebut malam seribu bulan yang takda pada bulan lain
"lailatul Qadr"
selain dari itu
Eidul Fitri juga bakal menjelang.
ada juga lagu2 raya dah kedengaran.
student2 yang duduk jauh
utara, selatan, timur dan barat
dah sibuk beli tiket balik
dan tak sabar nak bertemu famili terchenta.
mesti korang dah buat persiapan sikit2 kan..
apa2 pun, biarlah berpada2 dan sederhana yer..
tadi aku pergi sogo dengan famili..
mak aihh, ramai giler umat manusia kat situ.
biasa la kalau ada sale kan..
aku just beli jeans sehelai je.
dalam pada sibuk shopping tu ada jugak dengar bunyi ni
"seorang kanak-kanak memakai baju pink, berseluar jeans
telah dijumpai. kepada ibu bapa kanak2 ini boleh lah tuntut anak
anda di kaunter"
tuntut?? haha..
kes macam ni mesti akan berlakukan..
kepada ibubapa, awasi anak anda
selain dari rambang mata tengok sale..
tapi ada juga yang menyakitkan mata hati dan jiwa..
bila tengok ada couple2 berjalan shopping sama2
sambil pegang2 tangan, peluk bahu pinggang dan sewaktu dengannya..
heyy, agak2 lah sikit..
ini kan bulan mulia, tolong la jangan cemarkan..
bawa2 lah bertaubat yer..
oklah, itu je la untuk kali ni..
selamat beribadah!
^___^ \,/
No comments:
Post a Comment