Tuesday, September 28, 2010

XPDC ke Gua Tempurung

Assalamualaikum..

pada hari sabtu yang lepas, 
saya dan beberapa orang kawan saya 
telah mengikuti XPDC ke Gua Tempurung..
Hapeda, macam karangan budak darjah enam..
seperti yang korang semua baca kat atas, 
aku telah ber'xpdc' kat Gua Tempurung yang terletak di daerah Gopeng Perak
yang telah aku panggil "gua Tengkorak" sebab salah sebut
dan akibat nya aku telah digelakkan oleh kawan2 aku..adeh..
saja2 je pergi, utk release tension..
memang terbaik lah pergi sana..
warning, pada sesiapa yang tak berapa adventurous
baik la tak payah nak pergi, sebab memang memenatkan..

pada aku memang seronok lah pergi sana..
Xpdc bermula pada jam 7.30 pagi
kami bertolak dengan bas uia menuju ke destinasi 
yang mengambil masa kurang lebih 2 jam.
tiba disana kami terus letak barang 
dan kami telah dinasihatkan utk tidak membawa apa2 barang 
kecuali lampu suluh.
so, tak adalah gambar dalam gua..
memang sangat thrill dalam sana..

 muka2 penat lepas xpdc. nilah pintu masuk ke gua

 jalan bermulanya cabaran..

 
muka kawan2 yang gelakkan aku

 sorang ganu, seorang kelantan

 eh2, tu macam aku je..hehe

sempat snap gambar rumah perak dalam bas.

kalau ada lagi program2 chill dan thrill macam ni memang aku nak pergi!
^__^


sibuk nya...

Assalamualaikum..

apa khabar semua?? dah lama tak update macam biasa.
banyak kerja betul ni..
tak main-main..swear..
hari ni dan semalam je aku ada presentation..
Alhamdulilah, markah baik sangat..
dua subjek sudah selesai, tinggal nak fokus utk final je
lagi tiga masih terawangan especially phonetics dan islamic aqidah
sangat takut nak menghadapi dua subjek ni.
sebab sangat susah nak faham lah..

inshaAllah aku akan cuba sedaya mungkin
untuk buat yang terbaik. 
seperti biasa, jangan lupa doakan aku ye!
^__^ \/

Sunday, September 26, 2010

tragedi oktober...



Presentation Islamic Aqidah 
Test Phonetic and Phonology: oral and Transcription
Drama's performance 
Final examination 

All of these will be happening this October
Great "Tragedy October" 

Tuesday, September 21, 2010

selamat kembali dunia sibuk..

Assalamualaikum..

setelah dua minggu bersenang lenang, 
bersuka-ria, berehat, 
dan semua terma yang maksudnya
serupa dan hampir-hampir serupa dengannya lah 
kini kembali nya aku ke dunia yang hectic dan busy.
dan aku yakin lebih dari sebelum cuti raya 

kini aku sedang mempersiapkan diri 
untuk menempuh segala onak duri
stress, tekanan 
doakan aku yah! 
^__^ \/

Saturday, September 18, 2010

karenah manusia ni pelbagai..

Assalamualaikum..

what?? two entries within two days?? 
saje2 je nak bagi dramatik sikit kan, biasa lah aku kan student Linguistics and 
Literature. mesti tak lari lah dengan ayat2 drama swasta. 
takde lah, saja mau cerita pengalaman aku hari ni.
tadi aku sekeluarga ambil gambar family. 
seingat aku lah, kali terakhir kami ambik gambar family ni masa aku
masih lagi kanak-kanak ribena dan masih bersekolah tadika.
adik aku yang bongsu pun masih belum jejak kaki kat dunia
ni lagi. 

masa kecik dulu macam senang je ambik gambar.
yelah, masa tu muka masih lagi comel2 dan kiut miut. 
jadi senang nak posing (nak perasan sikit). 
tapi bila aku dah besar ni rasa macam letih je buat benda tu. 
letih nak senyum, sampai cramp aku punya mulut. 
tetiba terfikir model2 tu macam mana la boleh  tahan buat kerja macam ni.
lepas snap dua tiga gambar selesai la sudah penyeksaan kejap tu.

then, kami bergerak ke Jusco , nak makan la pulak.
mak aku punya treat malam ni. so, aku belasah je lah.
padahal petang tadi aku baru je pergi JJ tu dengan kakak and adik aku.
tapi tak kesah la kan, bukan nya dieorang cam pun muka aku tadi.
nak2 lagi pakai baju kurung. 
kami pun bergerak la menuju ke KFC. lepas order, dapat order 
dan makan . 

nak dijadikan cerita, tiba2 masa kami tengah layan ayam goreng kfc tu, 
ada seseorang tiba2 menjerit. Mak nyah rupanya. 
dia jerit "shut up" kat salah seorang pekerja kat situ. 
terdiam lah kejap satu kfc dengan suara jantan nyah tu. 
rupa2 nya nyah tadi tu tak puas ati sebab dia derma duit then dia demand
free gift pulak. siap panggil manager pelbagai.
buat spoil selera orang kat situ je. 
aku geram betul,
nak cari publisiti murahan tu satu hal,
kalau nak derma tu biarlah ikhlas. ni demand2 pulak. 
macam la derma dia tu boleh bawa dia masuk syurga. 
bawa2 bertaubat la dulu. sorry la bicara aku ni kasar sikit. 
macam2 karenah manusia dalam dunia. aku pun ada karenah juga
sebab aku pun manusia tapi asal tak menyusahkan orang dan tak 
menyampahkan orang, still boleh di terima pakai lagi okay.
kepada sesiapa yang ada terasa (aku tak tahu sebab apa) minta maaf lah. 
no offence, sekadar berkongsi cerita apa yang aku lalui hari ni. 

^____^ \/ 

manusia selalu tidak adil..

Assalamualaikum..


Habluminallah wa Habluminnas 

satu ungkapan yang selalu sangat kita dengar. Habluminallah bermaksud hubungan dengan Allah, manakala Habluminnas bermaksud hubungan sesama manusia. tapi apa pula kaitan tajuk entry aku pada kali ini dengan kedua-dua terma tadi??  manusia selalu tidak adil kerana tidak memberi perhatian kepada kedua-duanya. selalunya pasti ada yang berat sebelah. 

tujuan aku menaip mengenai hal ini kerana ingin memberi ingatan kepada semua, sebab kadang-kadang manusia ni berat sebelah. dah banyak kali aku tengok sebab tu tergerak pula hati nak tulis pasal ni. 
ada lah dua tiga hamba Allah yang aku kenal perangai macam ni. rasa menyirap darah pun ada. mana tidaknya, di laman sosial macam-macam yang di tulis, konon nya berjuang untuk jalan Allah, berubah kerana Allah, tinggal semua amalan jahiliyah yang terdahulu. tapi pada masa yang sama still lagi mengata sana sini, mengumpat sana sini.

 bukan lah aku nak kata aku ni baik macam malaikat, tapi pada aku segala amalan kebaikan, niat nak berubah tak payah la tunjuk-tunjuk. tu dah jadi lain, riak dan tak ikhlas. Alhamdulilah la mereka masih mahu berubah, tapi perlulah menjaga hubungan dengan Allah as well as manusia. apa guna mereka melakukan ibadah sekiranya dalam hati masih terselit juga perasaan hasad kepada sesama manusia. kelak akan ditanya juga di akhirat nanti. belum dijamin Syurga andai amalan cukup tetapi sesama manusia saling membenci. belum dijamin SyurgaNya andai ada manusia yang terasa, dan masih belum mahu memaafkan. sampai akhirat kita kena tanggung dosa andai manusia yang kita sakiti tu taknak memaafkan khilaf kita.

Jadi, sama-sama lah kita menjaga perilaku, dan tutur bicara kerana ia lebih tajam dari belati. segeralah memohon maaf kepada manusia yang telah kita sakiti dan mohon lah keampunan dari Allah.  Semoga Allah terima taubat kita. InshaAllah 

Friday, September 17, 2010

Raya yang tak macam raya..

Assalamualaikum..

dah berapa hari aku tak menaip
 sebab tak tahu nak taip ape lah.
bila bukak laptop, pasang broadband 
first bukak facebook macam biase la..
lately pon aku merasakan yang FB dah semakin boring
tak tahu nak buat ape bila dah online 
 lepas buat procedure untuk bukak blog ni, 
aku pun ketip2 jari, baru start nak menaip 
tiba2 blackout habis.

nak buat macam manakan..
takde ilham nak menaip.
even dah dengar lagu "kau ilhamku" yang Man Bai nyanyi
dua tiga pat kali pun ilham tak keluar lah.
aku pun terus bukak lagu lain
"aku dah bosan" Search. 

Raya pun dah tak macam raya dah.
yang meriahnya raya ni masa Raya pertama, kedua ngn tiga je
 yang lain2 dah macam kurang sikit perisa nya..
aku ni pun merasa raya ni masa kat kampung je lah
bila dah balik KL ni tak terasa langsung
betulah cakap orang raya kat KL ni memang tak best
aku ingat nak balik PD, tu memang kena tu..

 dah memang takde apa yang boleh aku keluarkan dari otak ni
setakat ni jelah yang mampu, nak kena dengar lagu lain pulak
mana lah tau tiba2 idea nak singgah masuk..
^__^ \/

Wednesday, September 15, 2010

lagi-lagi raya..

Assalamualaikum!!  

nampak tak keterujaan aku, 
setelah hampir seminggu tidak berblogging.
balik kampung lah untuk raya.
sejak balik kampung hari tu, segala aktiviti online aku terbengkalai
takleh online lah sana, line hp pun macam nak tak nak ke ada.
sangat rindu nak menaip lah, asyik termimpi2 jer..
hahaha, over exaggerated pulak aku..

tapi entry ni short jer lah
sebab aku masih lagi menunggu pic raya
mahu kasi masuk dalam blog ni
mestilah tak mahu kalah, semua orang buat aku pun nak juga lah..
jadi next entry berkisarkan Raya dan juga 
majlis pertunangan my eldest brother..
^_^ \/
 

Saturday, September 4, 2010

Raya datang lagi...

Assalamualaikum..

hari ni, lokasi aku menaip berbeza dari biasa..
dimana terdapat angin sepoi2 bahasa bertiup..
indah dan permai..
ceh2, berpuisi madah segala..
straight to the point sudah..
aku sekarang berada di rumah terchenta, 
yang dah agak lama ditinggalkan, 
Port Dickson..

kalau diikutkan dulu rumah kat PD ni rumah utama, 
tapi bila dah pindah KL jarang2 la balik..
rindu la kat PD..
dah macam tanah tumah darahku dah,
even aku sebenarnya tak lahir kat sini..
mana tak nya, lebih 9 tahun kut duduk sini..
dan aku rasa duk PD jauh lebih best dari KL..
tapi aku ni anak jati KL, lahir pun kat sana..

ok2, bukan itu yang mahu diceritakan..
lagi 5 hari, kita akan menyambut hari kemenangan umat Islam
Hari Raya yang Mulia..
macam mana dengan persiapan korang semua??
mesti grand kan, meletup gitu.. 
perkara yang sinonim kalau sebut pasal raya kat Malaysia ni, 
ialah Baju Raya.. kan..kan..
kalau tak lebih dua pasang tak sah..
baju lip lap mengalahkan lampu lip lap tu.. 
sepersalinan lengkap..
dengan kasut, tudung, semua nak matching, 
siap mengamalkan konsep, mix and match segala..
agak2, berapa banyak duit mak ayah korang 
yang korang dah perabih kan buat belanja raya ni haa?? 

second ialah makanan..
Malaysia ni ibarat syurga makanan..
macam-macam ada, bak kata makcik duta astro tu..
kalau time hari Raya ni, 
mesti berat badan naik sekilo dua..
mana tak nya, 
dengan kuih raya dah berapa balang korang telan,
tak kira lagi ketupat rendang lemang dodol
macam mana berat tak meningkat..
plus, kunjung mengunjung rumah sedara, kawan, pakwe makwe
mesti mau makan kan, kalau tak, terasa tuan rumah..
plus plus, rumah terbuka..
bukan setakat rumah, tingkap, langsir, pintu
semua terbuka lah..

next, pitih raya..hehe
duit raya la..
tu dah dikira wajib bagi kanak2..
ada jugak yang masih tak sedar diri dah lebih umur
minta cukai juga, malu la sikit..hehe
bila dapat sampul duit raya tu, 
hati berdebar debar nak tahu nilai matawang yang diperolehi..
jeng jeng jeng..
alih2 dapat sehengget je..
Alhamdulilah, syukur la dari tak dapat apa kan..
kalau nak banyak, 
rajin2 la buat lawatan dari rumah ke rumah..
berbekalkan muka tembok, 
rumah tak kenal pun korang bantai serbu,
makan tak penting, hulur je duit raya settle masalah..hehe 

tulah ragam rakyat Malaysia, setiap tahun pada musim lebaran
apa2 pun macam yang aku selalu seru, 
bersederhana lah ye, 
jangan sampai akaun bank kering kontang buat belanja sakan
korang jugak yang berpuisi tak berlagu nanti..

so, aku pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan
"Selamat Hari Raya AidilFitri"
kepada semua kawan2 Bloggers, 
yang tersinggah sini pun boleh juga..
kalau nak balik kampung hati2 dijalan raya..
ampun kan dosa kalau ada tersilap 
termengumpat, terkutuk, 
segala jenis 'ter' lah..
 dari hujung tudung sampai hujung kain ya..
0-0 lah ..
^___^ \/ 



 nota kaki: saje je wish awal, pasni nak balik kampung tak dapat nak online..hehe ^__^ \/

Friday, September 3, 2010

Qada' dan Qadar..

Assalamualaikum.. 

mesti korang biasa dengarkan ayat2 cliche macam ni,
"semua yang terjadi tu dah ketentuan, Qada' dan Qadar Allah
 nak buat macam mana, redha jelah" 
apa yang dimaksudkan dengannya itu??
yang korang main sebut2 tu, korang faham tak 
erti dan maksud Qada' dan Qadar tu?

Qada' kalau di definisikan dalam erti kata yang mudah difahami, 
bermaksud, "Judgement of God
bermakna Qada' ni sudah ditetapkan, tak boleh diubah2, 
manusia tiada kena mengena langsung dalam hal ini. 
contohnya, tarikh kematian kita.
itu memang sudah dalam tangan Allah s.w.t 
dan kita manusia tiada hak langsung untuk masuk campur.  

manakala Qadar bermaksud "measurement/potential
macam yang selalu kita dengar kadar = Qadar 
yang bermaksud setiap manusia mempunyai capability yang berbeza. 
sebagai contoh, tak semua orang boleh jadi doktor kan. 
tetapi, Qadar tidak temasuk akhlak atau perangai manusia. 
ok2, untuk pemahaman yang lebih jelas.. 
seorang pencuri mencuri bukan sebab takdir yang menentukannya.
itu adalah tindak tanduk manusia, manusia yang memilihnya
kerana kita telah dikurniakan oleh Allah, freedom of choice. 
kalau takdir, maka Tuhan itu tidak adil (nauzubillah)

jadi harap2 korang lebih faham lah dengan terma2 ini.
tidak hanya menyebut tapi tak faham, tak best juga kan.
sekadar berkongsi apa yang aku belajar.
kalau ada yang silap, ruang dibuka seluas2nya untuk memperbetulkan..
^___^ \/


Thursday, September 2, 2010

at last..

Assalamualaikum..

at last ape??
ape at last? 
exam sudah tamat lah.. 
baru rasa macam ringan sikit otak nih
dua minggu struggle
memerah otak
sekaligus memecah otak 
dua tan lori ada atas kepala..
selesai sudah akhirnya..

jadi, dengan ini saya.
Nurul Azlini Nawawi
mahu mengisytiharkan bahawa
saya sudah start cuti!!!!
yeah2!
berbaloi apa exam sebelum cuti, 
sebab tak payah pening2 kepala dah masa cuti.
dan boleh lah cuti dengan aman dan tenteram..
ceh, cakap macam dah abis exam final je, 
padahal baru midterm.
serius, aku rasa macam tengah final je.

ok2, aku nak cuti dengan aman..
kepada kawan2 U lain yang belum start cuti lagi
bawak bersabar ye..
hehehe
^___^