Assalamualaikum..
what?? two entries within two days??
saje2 je nak bagi dramatik sikit kan, biasa lah aku kan student Linguistics and
Literature. mesti tak lari lah dengan ayat2 drama swasta.
takde lah, saja mau cerita pengalaman aku hari ni.
tadi aku sekeluarga ambil gambar family.
seingat aku lah, kali terakhir kami ambik gambar family ni masa aku
masih lagi kanak-kanak ribena dan masih bersekolah tadika.
adik aku yang bongsu pun masih belum jejak kaki kat dunia
ni lagi.
masa kecik dulu macam senang je ambik gambar.
yelah, masa tu muka masih lagi comel2 dan kiut miut.
jadi senang nak posing (nak perasan sikit).
tapi bila aku dah besar ni rasa macam letih je buat benda tu.
letih nak senyum, sampai cramp aku punya mulut.
tetiba terfikir model2 tu macam mana la boleh tahan buat kerja macam ni.
lepas snap dua tiga gambar selesai la sudah penyeksaan kejap tu.
then, kami bergerak ke Jusco , nak makan la pulak.
mak aku punya treat malam ni. so, aku belasah je lah.
padahal petang tadi aku baru je pergi JJ tu dengan kakak and adik aku.
tapi tak kesah la kan, bukan nya dieorang cam pun muka aku tadi.
nak2 lagi pakai baju kurung.
kami pun bergerak la menuju ke KFC. lepas order, dapat order
dan makan .
nak dijadikan cerita, tiba2 masa kami tengah layan ayam goreng kfc tu,
ada seseorang tiba2 menjerit. Mak nyah rupanya.
dia jerit "shut up" kat salah seorang pekerja kat situ.
terdiam lah kejap satu kfc dengan suara jantan nyah tu.
rupa2 nya nyah tadi tu tak puas ati sebab dia derma duit then dia demand
free gift pulak. siap panggil manager pelbagai.
buat spoil selera orang kat situ je.
aku geram betul,
nak cari publisiti murahan tu satu hal,
kalau nak derma tu biarlah ikhlas. ni demand2 pulak.
macam la derma dia tu boleh bawa dia masuk syurga.
bawa2 bertaubat la dulu. sorry la bicara aku ni kasar sikit.
macam2 karenah manusia dalam dunia. aku pun ada karenah juga
sebab aku pun manusia tapi asal tak menyusahkan orang dan tak
menyampahkan orang, still boleh di terima pakai lagi okay.
kepada sesiapa yang ada terasa (aku tak tahu sebab apa) minta maaf lah.
no offence, sekadar berkongsi cerita apa yang aku lalui hari ni.
^____^ \/
No comments:
Post a Comment