Habluminallah wa Habluminnas
satu ungkapan yang selalu sangat kita dengar. Habluminallah bermaksud hubungan dengan Allah, manakala Habluminnas bermaksud hubungan sesama manusia. tapi apa pula kaitan tajuk entry aku pada kali ini dengan kedua-dua terma tadi?? manusia selalu tidak adil kerana tidak memberi perhatian kepada kedua-duanya. selalunya pasti ada yang berat sebelah.
tujuan aku menaip mengenai hal ini kerana ingin memberi ingatan kepada semua, sebab kadang-kadang manusia ni berat sebelah. dah banyak kali aku tengok sebab tu tergerak pula hati nak tulis pasal ni.
ada lah dua tiga hamba Allah yang aku kenal perangai macam ni. rasa menyirap darah pun ada. mana tidaknya, di laman sosial macam-macam yang di tulis, konon nya berjuang untuk jalan Allah, berubah kerana Allah, tinggal semua amalan jahiliyah yang terdahulu. tapi pada masa yang sama still lagi mengata sana sini, mengumpat sana sini.
bukan lah aku nak kata aku ni baik macam malaikat, tapi pada aku segala amalan kebaikan, niat nak berubah tak payah la tunjuk-tunjuk. tu dah jadi lain, riak dan tak ikhlas. Alhamdulilah la mereka masih mahu berubah, tapi perlulah menjaga hubungan dengan Allah as well as manusia. apa guna mereka melakukan ibadah sekiranya dalam hati masih terselit juga perasaan hasad kepada sesama manusia. kelak akan ditanya juga di akhirat nanti. belum dijamin Syurga andai amalan cukup tetapi sesama manusia saling membenci. belum dijamin SyurgaNya andai ada manusia yang terasa, dan masih belum mahu memaafkan. sampai akhirat kita kena tanggung dosa andai manusia yang kita sakiti tu taknak memaafkan khilaf kita.
Jadi, sama-sama lah kita menjaga perilaku, dan tutur bicara kerana ia lebih tajam dari belati. segeralah memohon maaf kepada manusia yang telah kita sakiti dan mohon lah keampunan dari Allah. Semoga Allah terima taubat kita. InshaAllah
^__^ \/
No comments:
Post a Comment