Friday, September 3, 2010

Qada' dan Qadar..

Assalamualaikum.. 

mesti korang biasa dengarkan ayat2 cliche macam ni,
"semua yang terjadi tu dah ketentuan, Qada' dan Qadar Allah
 nak buat macam mana, redha jelah" 
apa yang dimaksudkan dengannya itu??
yang korang main sebut2 tu, korang faham tak 
erti dan maksud Qada' dan Qadar tu?

Qada' kalau di definisikan dalam erti kata yang mudah difahami, 
bermaksud, "Judgement of God
bermakna Qada' ni sudah ditetapkan, tak boleh diubah2, 
manusia tiada kena mengena langsung dalam hal ini. 
contohnya, tarikh kematian kita.
itu memang sudah dalam tangan Allah s.w.t 
dan kita manusia tiada hak langsung untuk masuk campur.  

manakala Qadar bermaksud "measurement/potential
macam yang selalu kita dengar kadar = Qadar 
yang bermaksud setiap manusia mempunyai capability yang berbeza. 
sebagai contoh, tak semua orang boleh jadi doktor kan. 
tetapi, Qadar tidak temasuk akhlak atau perangai manusia. 
ok2, untuk pemahaman yang lebih jelas.. 
seorang pencuri mencuri bukan sebab takdir yang menentukannya.
itu adalah tindak tanduk manusia, manusia yang memilihnya
kerana kita telah dikurniakan oleh Allah, freedom of choice. 
kalau takdir, maka Tuhan itu tidak adil (nauzubillah)

jadi harap2 korang lebih faham lah dengan terma2 ini.
tidak hanya menyebut tapi tak faham, tak best juga kan.
sekadar berkongsi apa yang aku belajar.
kalau ada yang silap, ruang dibuka seluas2nya untuk memperbetulkan..
^___^ \/


No comments: