aku mahu berbahasa ibunda.
****
sedang mengalami kekecewaan.
yang tak ada orang tahu,
tak mungkin orang tahu
kalau aku tak bagi tahu
dan kalau ada orang yang nak tahu
memang aku tetap takkan kasi tahu.
rahsia dalam hati
antara aku dengan Tuhan saja
yang lebih tahu.
dan sudah semestinya
Dia lebih mengetahui
perihal yang aku tidak ketahui
bahkan dari diri aku sendiri.
kau cakap aku jiwang ke
ala-ala jimi asmara ke
ada aku nak kesah kat sini?
sudah cukup sudah.
macam lagu pulak.
keliru tu perkara biasa.
lebih2 lagi kalau buat pilihan kan.
terkeliru dengan perasaan sendiri macam mana pulak?
tu permainan jiwa nama nya.
entah kan betul ke tidak.
aku selalu berandaian sendiri.
sendiri-sendiri je pun.
tapi itu jugak yang makan diri.
"never assume. Ask"
betul lah ayat ni.
kalau ada ketidakpastian
jangan berandaian sesedap oren.
sila bertanya
agar tak berlaku mehnah dan fitnah.
tapi belum sampai tahap tu aku.
kalau aku bertanya memang gila agaknya.
jadi biarlah aku senyap saja,
buat masa sekarang ini lah.
tak mahu bermain dengan api.
sebab kalau terbakar,
sakit woo.
kadang-kadang,
aku terasa nak seperti nak jerit,
"Kau kejam!"
tapi nanti disangka hilang kewarasan akal pulak.
susah nak buat orang faham
kehendak hati kita.
sebenarnya, aku ada jerit jugak sekali sekala
tapi dalam hati saja lah.
kalau aku boleh baca minda orang
mungkin semua itu takkan jadi
sesukar ini.
sungguh.
tapi aku manusia yang sangat lemah.
sangat memerlukan bantuan.
dari Tuhan dan manusia sekeliling.
andailah,
manusia itu membaca ini,
aku harap dia mengerti
yang semua ini tak susah
hanya kita saja
yang menyusahkan diri sendiri.
kemungkinan yang ada
untuk dia baca adalah
0.0001%.
ini fakta yang termaktub.
jika berlaku kejadian itu,
makanya itu Allah yang punya kuasa.
sebab dia tak mengetahui wujudnya diri ini.
aku mungkin dikenali
literally.
sebagai manusia berwajah sejuk beku
tanpa riak berperasaan.
lebih dingin dari ais kutub utara.
tapi tahu kah dia,
bongkahan ais boleh menjadi cair
dengan hanya sedikit haba dari cahaya matahari?
seandainya dia tahu.
kalau anda yang bukan dia
jangan berandaian yang tidak-tidak.
tak baik.
biar aku dan Tuhan saja yang tahu.
P/s: jangan ditanya siapa "dia".
auch_down
No comments:
Post a Comment