Tuesday, June 29, 2010

kau.aku.kreatif.

Assalamualaikum w.b.t

     sape rase dirinye kreatif? mesti ade yang jawab dalam hati, "ya aku kreatif," dan ade pula yang jawab "aku ni loser kalau bab2 kreatif dan seni ni" kan.. betul tak?  percaya atau tak, sebenarnya kita sume ni kreatif. kenapa? tak percaye kaa? Ya betul, kerana Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya. Dia telah memberikan kita keistimewaan yang tiada pada makhluk lain iaitu minda, akal dan fikiran. otak kiri dan otak kanan.

    setiap manusia memang tidak perfect. tiada manusia yg sempurna dlm dunia ni. tetapi, setiap manusia ni telah dikurniakan dengan keunikan mereka sendiri. manusia ni kreatif. pada aku, kreatif ni subjektif. kreatif tak semestinya dikaitkan dengan pandai melukis dan yg sewaktu dengannya. aku nak ulang lagi sekali, semua manusia dalam dunia ni kreatif. cuma kreatifnya sahaja yg berbeza.

     ada yang memang betul2 kreatif, lalu kreativitnya itu, di aplikasikan pada sebuah kanvas, melukis, mewarna. ada pula yang memang terer sangat bab2 amek gambar, lalu terciptalah sebuah foto yang amat menarik untuk ditatapi. ada lagi, yang tangannya memang kreatif bab2 memasak, berkebun dan sebagainya. cuma kita sendiri yang perlu menilai diri kita, "aku ni kreatif kt mana yer" carilah, dan anda pasti akan menjumpainya.

     jadi, percaya lah pada diri sendiri, anda istimewa. cuma anda je yang tak menyedarinya..

Monday, June 28, 2010

ape tujuannye...

as a reminder
for me..
tujuan aku membuat blog,
'menulis' dalam blog
adalah utk menceritakan perihal aku
berkongsi cerita dengan kawan2 bloggers
supaya
10 tahun akan datang aku boleh tengok balik
tahap kedewasaan aku
itu pon kalau blog ini masih wujud lagi
tetapi aku tulis blog ni
bukan untuk
rating
atau mengumpul follower
sebab aku tak kesah pon
sape yg tgk n sape yg tak 
sape yg nk ikut n sape yg taknak
blog aku bukan stesen tv utk menaikan rating.
sape yg ade follow tu
aku ucapkan berbillion terima kasih..
so,
ini kehidupan aku lah..

Saturday, June 26, 2010

nak sihat plus awet muda?? cek dis aut!!

assalamualaikum..
hari ni aku nak kongsi la kt kawan2 bloggers aku, sedikit tips kesihatan utk kekal sihat dan sentiasa tampil awet muda.. mesti korang nk kekal muda kan walaupn umo dah mencecah 30+ +..huhu..penjagaan kesihatan ni mestilah di mulakan pada usia yg muda, yerlah, kalau dah tua, baru nak start, xdo maknonyo laie, bak kate orang nogori..ok2, stop membebel, straight to our discussion.. msti korang dah selalu sangat dengar pepatah omputih nih, 'you are what you eat'. ape yang boleh dirumuskan di sini ialah, makanan ialah elemen terpenting dlm menentukan tubuh badan kita nih sihat @ tidak.. ok, aku nak kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang sihat lagi mengawet mudakan..jom..zasss..


Aprikot  
aprikot ni merupakan sumber yang amatlah baik utk 'asam lemak' hingga mampu menurunkan kolestrol  dalam badan kita. aprikot ni jugak kaya dengan vitamin E yang boleh mengekalkan keremajaan kulit  korang tu. buah ni juga boleh mencegah high blood pressure sebab ia mengandungi potassium. so, takde la korang muda2 lagi dah kena BP.  

Sayuran Hijau 
next, ialah sayuran hijau yang memang tak asing lagi. seperti yang kita tau, sayur2 hijau ni memang sihat lagi menyihatkan terutamanya brokoli dan lobak sebab ia dapat mencegah kanser dan mengeluarkan racun2 atau toksin dalam badan.sayuran hijau ni sebenarnya lagi baik kalau dimakan mentah2 gitu tp jangan lupa cuci pulak supaya enzim penting yang terdapat dlm sayur2 nih tak hilang atau berkurang. bagi korang yang memang anti ngan sayur2 hijau ni, bawak2 la berubah so badan kita leh jadi lebih sihat.
                                                 

Bawang Putih
haa, ni bukan cter melayu klasik. ni memang bawang putih betul atau dlm bahasa omputih nye, garlic. ni lagi satu sumber makanan yang boleh mecegah kanser dari mendekati sel badan kita. seelok2 nya, dalam masakan tu banyakkan la bawang putih yer..


Kacang 
kalau korang menganggap kacang adalah salah satu punca kegemukan, ternyata korang memang SALAH! sebab kacang kaya dengan mineral, potassium, zink, zat besi dan segala jenis besi lah..haha gurau je. antara kebaikan kacang ialah dpt melancarkan pencernaan dan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser juga menurunkan kolestrol. ya, agak pelik tapi memang benar. 


Tembikai 
aku tau mesti ramai yang suka makan buah tembikai, aku pon tak terkecuali. rupa buah ni pon dah mampu membuatkan kita kecur air liur apatah lagi jika tengah2 panas.. fuhh.. setanding dengan rupanya, khasiat tembikai tidak kurang hebatnya. ia mengandungi vitamin A, B, C dan E yang semestinya mampu mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh. sebaiknya bijinya tidak dibuang sebab ia juga berkhasiat.
 

Kacang soya
kalau yang ni, memang tak dapat dinafikan lagi lah khasiatnya. aku tetap nak senaraikan juga khasiat yang terdapat dlm kacang soya ni sebagai info tambahan buat korang lah. kacang soya ni lebih berpihak pada wanita lah kalau nak bercakap tentangkan kebaikannya. berita baik la kerana kacang soya mampu menjaga keseimbangan horman estrogen dlam tubuh yang boleh melambat waktu menopause yang amat ditakuti wanita2. selain dari tu, kacang soya juga dpt membantu mencegah Alzheimer dan Osteoporosis.



haa, korang dah bace kan jenis2 makanan yang boleh membawa kepada kesihatan tubuh badan dan yang terutama, awet muda. so, apa lagi tunggu, praktikkan lah dalam kehidupan seharian korang memakan makanan yang sihat ni dari makan junk food yang leh bawak penyakit jer.. dan akhir kata, SELAMAT MENCUBA..



Wednesday, June 23, 2010

~today~

Assalamualaikum..
its been a while, i haven't update much about myself... been concentrating with dakwah n tarbiah in my own blog..[huhu, as if it can be considered dakwah n tarbiah].. i guess by doing that is much better than babbling without any purpose, am i rite??
really, not much to update bout myself since i,m still on vacation..yeah, same duty everyday, settling the house chores from morning till noon, then have lunch wif family, sometimes alone..after that, facebooking and blogging while listening to my feveret songs.. night come, watching tv or on9.. then ZZZZZzzzzz...
but it will end very soon.. my new semester will be starting this july, so get ready be a study freak (freak ker..) seriously, i dunno why i feel so excited to enrol this new semester..mybe because of this long holiday.. yeah, 3 months of holiday and doing nothing...wat do u expect??
the other reason is simply because i want to redeem back my all my mistakes last sem.. YES people, i did well NOT last semester..my pointer dropped..so many things i,ve learnt from last sem which are:
  1. must study hard and smart enough.. study..study..study..
  2. must do the assignment seriously..yeah, seriously speaking nih!!
  3. the habit of all U student,hehe, do not complete the assignment at the end of minute...
  4. must go to the library more frequently (klu boleh dijadikan umah ke dua pn xper..haha)
  5. this one i want to type in Malay can i?  must PILIH KAWAN YG BETUL ... 
yeah, these are wat i,ve learnt last sem and will be my determination next sem.. INSHAALLAH..may ALLAH bless me always.. maybe i also have to slow down lil bit wif my relationship.. and i want to list also my target next sem..

  1. get closer to my Creator.. InshaAllah
  2. the important one-----> getting higher pointer.. dean list i will..
  3.  get my own lappy eventhough there are 3 lappies in this house plus one desktop.. 
  4. get my own digital camera..(tetibe jer masuk, xde kne megena pon..hehehe)
  5. if Allah will, i want to change Mahallah..(kalau org2 opis tu xwat hal)
  6. be more serious toward study..
thats all for now..kang byk2 kalau xdpt achieve sia2 jer.. to all my bloggers fren pliss pray for me okey..
let's raise our hands and AJA-AJA FIGHTING!!!! 



Tuesday, June 22, 2010

~SketSa HiDup maWaR BErDuRi~

kesunyian malam
tenang lagi mendamaikan
jauh dari segala hiruk piruk
kehidupan yang amat memeritkan 
sendirian tanpa satu nyawa
nyata lebih indah 
dari berdampingan dengan jiwa 
yang hanya tahu membuat batin
resah lagi gelisah bersalut kepiluan

tidak tergambar ketika ini
betapa hati ini terbakar
zahir tak menentu batin lebih dari itu
 hanya pada wajah terlukis ketenangan
sedangkan di dalam hati berkocakan 
sungguh tiada satu perkataan pun
yang mampu membahagiakan 
dikala mana jiwa bergelora
sehebat bencana yang membawa petanda 
khatimah sebuah kehidupan

duhai insan-insan,
yang berkongsi zarah dalam sel tubuh,
yang telah membawa jisim ke illusi fana
ingin kotak suara melaungkan berkali-kali 
di atas puncak kejora hingga ke penghujung dunia 
bahawa nadi yang meresap amat tulus dalam nurani
menyayangi kalian
sesungguhnya demi Tuhan Agung
tiada yang dapat menggantikan kalian 
selagi jasad belum menerima seruan dari-Nya 

kepada kalian,
yang pernah berkongsi cerita
yang pernah berkongsi suka tidak duka
yang pernah sama bergembira
namun hanya membiarkan jiwa yang lemah
terbakar sendirian tatkala bergempur dengan
keperitan dan kepiluan kehidupan 
terima kasih kerana benar-benar mengotakan bukti
bahawa tiada apapun yang sempurna
bahawa tiada apapun yang kekal 
ternyata keegoan dan kepentingan
telah merentap tali itu
hingga terburai segala kepercayaan
yang berkurun lama bersemadi 
atas nama ikatan sejati

Dan kepada dikau,
yang pernah menitikkan titisan embun kebahagiaan
yang pernah membuat kebunan bunga hati malar
namun tanpa belas
sudi merenggut tangkai rasa
sudi menyiat sekeping perasaan
andai jiwa tahu pahitnya hempedu 
tidak mungkin akan dijadikan santapan
sebegitulah yang boleh diumpamakan
berkongsi rasa denganmu tinggalkan kesan
menyesal dan terkilan
tak putus berlegar 
berkalutan difikiran 

terima kasih semuanya atas pengalaman itu 
yang telah mengajar sekuntum hati 
sebenar-benar pengertian
yang akan abadi 
hingga gugurnya cebisan kelopak bunga yang terakhir....

Nukilan: Le CucoQ La koDOK 
10.00 p.m.
22 Jun 2010


~BuAt SesEOranG~

aku...
sangat.. 
kecewa 
dengan
kau.......


Monday, June 21, 2010

~Disebalik Lagu....~

Assalamualaikum..
malam yg hening ni, tiba2 aku terpanggil utk wat slot malam.. hehehe.. iaitu slot "Disebalik Lagu"..huhu.. yerlah, dah xdpt nk wat kt tv, wat kt blog pon ok lah..hahaha...utk malam ni, aku memilih lagu "Terminal Cinta" yg di popularkan oleh kmpulan samudera.. nama lagu pon dah cukup unik bagi aku.. cmni lirik lagunyer..

sejauh mana lagi perlu kususuri
menjejak kepastian emosi rindu
mungkinkah aku ini terminal yg tak pasti
untuk kau melepaskan
musim sepimu

dimana kan berakhir kesetiaan ini
apakah seusia penantianku
semakin bergoyah kasih
kabus apa.........menyelam harapan
hingga lupa..cinta yang pertama
kembalilah.....ke jejak yang dulu
kalau esok...tiada mentari..

kasih suci nan abadi
masih dihatiku..kalau nanti kau mengerti
ertinya cintaku ini..

seandai mekar lagi harapan yang pasti
jangan bersimpuh lagi dalam tangisan
setia hanya satu jika berderai
kasih ku pasti berpaling
pada yang mengerti...

---> nape aku pilih lagu nih.. sebab aku suke dengan pengguna ayat2nyer.. best sekali..yg paling aku ske skali ayat yg aku bold green tuh.. mendalam maksudnyer tuh.. mule2 aku dgr lagu nih, xde la ske sgt tp muzik dier wat aku tenang.. finally, maksud disebalik lagu nih ialah, jgn berputus asa.. tu jer..
oklah, semoga bertemu lgi dlm slot yg akan dtg..




Sunday, June 20, 2010

~RiNDUnyE DeKAt.......

assalamualaikum..
mungkin ade yg pernah membaca kisah ni, tp aku tetap nk tulis jugak.. sebagai peringatan kepada umat2 manusia yg semakin leka dan alpa dlm menjalani arus kehidupan nih..  
baca dan hayati lah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
“Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,
“Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
P/s: sebak seketika tatkala aku membaca artikel ini.. betapa Rasulullah rindu akan kita, ummatnya, tetapi kita?? perah kah kita ingat akan Rasulullah walau utk sesaat.. cuba lah kita tanya diri kita sediri..
renung2kan lah...
jika anda sayangkan dan cintakan Rasulullah, sebarkan...

Friday, June 18, 2010

~sedikit tazkirah~

assalamualaikum...

alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih dapat menghirup udara pada hari jumaat yg mulia ni..
aku ingin berkongsi sedikit tazkirah utk renungan kita bersama..

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)


Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.

semoga dengan tazkirah yg sedikit ni, mampu membawa kita kepada banyak perubahan ke arah kebaikan sementelah dunia pun sudah hampir ke penghujungnya, maka patutlah kita mempersiapkan diri dengan bekalan utk ke negeri abadi..

wallahua'lam...
sumber: portal ukhwah..www.ukhwah.com

Thursday, June 17, 2010

~sekolahku~

assalamualaikum..
tiba2 ari ni terdetik plak nk citer psal kenangan zaman sekolah dolu2.. ni sebab dengar lagu kumpulan UNIC tu lah.. camni la lirik nyer..

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita


Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan


Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan


Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli


Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan


Oh sekolaku, kau amat ku rinduTempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you" 
  
aku pasti sume org takkan lperkan kenangan kt sekolah dulu kan.. sebab tu la antara kenangan ter-best dlm hidup.. aku igt lgi, mse form 4 n 5 dolu, even stress ngn exam, homework, tpi life tetap chill jer.. mmg enjoy gler lah.. hepi sgt tyme skolah dulu..sume bende wat sme2, blaja sme2, g kantin sme2, bergosip sme2..hahaha..
 klu di igt kembali la, hehe, aku nyer pengalaman mse skolah dolu len sket since aku byk pindah, dari sekolah rendah smpi abes form 5, mmg tak penah lekat dlm satu skolah tu.. tpi jgn pkir len plak, ayah aku kan army officer, so dats why la aku byk pndah.. aku rse cm nk senaraikan la sekolah2 yg pnah aku duduki dolu.. ceh, ayat.. 

sekolah rendah 
  1. Sekolah Rendah Kerajaan Satria Jaya, Kuching Sarawak - darjah satu smpai 3..
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur- darjah 3 smpai 4..
  3. Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson- darjah 4 smpai 6.. 
sekolah menengah  
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohammad Said, Seremban- ting. 1 
  2. Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson- ting. 1-2 
  3. Lampeter Comprehensive School, Wales UK- Year 10 n 11 (ting.2-awl ting.4) 
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson-ting. 4-5 
tgk bape byk sekolah daa aku pegi, siap leh wat list2 plak..hee~.. dlm byk2 sekolah yg tak leh aku lupe mse kt UK dolu2, tu kenangan pling berharga n terindah.. best kot sekolah kt UK, seronok..bukan sume owg dpt blaja oversea, aku dpt so aku igt smpi mati la.. 
then, yg pling best jugk mse kt BUKIT SAUJANA,
 form 4 n 5.. antara yg terbaek la.. byk gler kenangan aku kt situ wlupon 2 taun je.. kt skolah tu la aku kenal erti persahabatan n also cinta..hekhek.. ape la, g skolah nk blaja.. cikgu2 kt situ pon best2 blake.. 
ape2 pon setiap owg msti ade kenangan msing2, so hargailah yer kawan2 ku sume.. wlupon skrg aku kt UIA
aku still contact ngn dak2 skolah dolu.. thanks SEKOLAHKU yg byk mengajar aku erti kehidupan sebenar..  
                                               ni mse sekolah rendah..aku yg mne satu la ekk..hehe 

                                          gmbr kelas 4 n 5 EINSTEIN..aku yg first skali.. huhu  

                                           me and my best fren, aimi and hajar.. 

gmbr2 ni je yg dpt aku letak, yg len ad tp xsave dlm lappy la plak.. nnt la aku upload.. ape2 pon kenangan ni takkan aku lupekan smpai hujung nyawa aku.....



Wednesday, June 16, 2010

kanvas kehidupan...

aku saje2 je nk upload gmbar ni sume since aku jarang letak gmbr dlm blog aku nih kan.... ni lah gambar2 insan2 yg amat penting dlm kehidupan aku..  

inilah gambar mak n ayah aku.. 

ini plak gmbar abg sulung aku n adik aku, fifi.. 

my elder sis, akmal... 

my brother, esan.. yg ngah blajar kt mesir skng.. 

adik pmpuan aku, ain.. 

my sis n my eldest sis, rubi..awat muke cmtuh..hehe 

me n my sis.. 


ank2 pmpuan encik nawawi n pn. kamsiah..hehe 

mke slenga aku n adik aku ain..hehehe  

n finally... 


the owner of this blog..hehehe 


ape2 pon, aku sayang sangat mereka2 ini.. tanpa mereka siapa lah aku.. i LOVE my FAMILY!!!!

Saturday, June 12, 2010

i wonder....

ader ker..
orang..
yg..
bace..
blog..
aku..
nih..


hands up plizzz...hehe