Saturday, June 26, 2010

nak sihat plus awet muda?? cek dis aut!!

assalamualaikum..
hari ni aku nak kongsi la kt kawan2 bloggers aku, sedikit tips kesihatan utk kekal sihat dan sentiasa tampil awet muda.. mesti korang nk kekal muda kan walaupn umo dah mencecah 30+ +..huhu..penjagaan kesihatan ni mestilah di mulakan pada usia yg muda, yerlah, kalau dah tua, baru nak start, xdo maknonyo laie, bak kate orang nogori..ok2, stop membebel, straight to our discussion.. msti korang dah selalu sangat dengar pepatah omputih nih, 'you are what you eat'. ape yang boleh dirumuskan di sini ialah, makanan ialah elemen terpenting dlm menentukan tubuh badan kita nih sihat @ tidak.. ok, aku nak kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang sihat lagi mengawet mudakan..jom..zasss..


Aprikot  
aprikot ni merupakan sumber yang amatlah baik utk 'asam lemak' hingga mampu menurunkan kolestrol  dalam badan kita. aprikot ni jugak kaya dengan vitamin E yang boleh mengekalkan keremajaan kulit  korang tu. buah ni juga boleh mencegah high blood pressure sebab ia mengandungi potassium. so, takde la korang muda2 lagi dah kena BP.  

Sayuran Hijau 
next, ialah sayuran hijau yang memang tak asing lagi. seperti yang kita tau, sayur2 hijau ni memang sihat lagi menyihatkan terutamanya brokoli dan lobak sebab ia dapat mencegah kanser dan mengeluarkan racun2 atau toksin dalam badan.sayuran hijau ni sebenarnya lagi baik kalau dimakan mentah2 gitu tp jangan lupa cuci pulak supaya enzim penting yang terdapat dlm sayur2 nih tak hilang atau berkurang. bagi korang yang memang anti ngan sayur2 hijau ni, bawak2 la berubah so badan kita leh jadi lebih sihat.
                                                 

Bawang Putih
haa, ni bukan cter melayu klasik. ni memang bawang putih betul atau dlm bahasa omputih nye, garlic. ni lagi satu sumber makanan yang boleh mecegah kanser dari mendekati sel badan kita. seelok2 nya, dalam masakan tu banyakkan la bawang putih yer..


Kacang 
kalau korang menganggap kacang adalah salah satu punca kegemukan, ternyata korang memang SALAH! sebab kacang kaya dengan mineral, potassium, zink, zat besi dan segala jenis besi lah..haha gurau je. antara kebaikan kacang ialah dpt melancarkan pencernaan dan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser juga menurunkan kolestrol. ya, agak pelik tapi memang benar. 


Tembikai 
aku tau mesti ramai yang suka makan buah tembikai, aku pon tak terkecuali. rupa buah ni pon dah mampu membuatkan kita kecur air liur apatah lagi jika tengah2 panas.. fuhh.. setanding dengan rupanya, khasiat tembikai tidak kurang hebatnya. ia mengandungi vitamin A, B, C dan E yang semestinya mampu mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh. sebaiknya bijinya tidak dibuang sebab ia juga berkhasiat.
 

Kacang soya
kalau yang ni, memang tak dapat dinafikan lagi lah khasiatnya. aku tetap nak senaraikan juga khasiat yang terdapat dlm kacang soya ni sebagai info tambahan buat korang lah. kacang soya ni lebih berpihak pada wanita lah kalau nak bercakap tentangkan kebaikannya. berita baik la kerana kacang soya mampu menjaga keseimbangan horman estrogen dlam tubuh yang boleh melambat waktu menopause yang amat ditakuti wanita2. selain dari tu, kacang soya juga dpt membantu mencegah Alzheimer dan Osteoporosis.



haa, korang dah bace kan jenis2 makanan yang boleh membawa kepada kesihatan tubuh badan dan yang terutama, awet muda. so, apa lagi tunggu, praktikkan lah dalam kehidupan seharian korang memakan makanan yang sihat ni dari makan junk food yang leh bawak penyakit jer.. dan akhir kata, SELAMAT MENCUBA..



No comments: