Assalamualaikum w.b.t
sape rase dirinye kreatif? mesti ade yang jawab dalam hati, "ya aku kreatif," dan ade pula yang jawab "aku ni loser kalau bab2 kreatif dan seni ni" kan.. betul tak? percaya atau tak, sebenarnya kita sume ni kreatif. kenapa? tak percaye kaa? Ya betul, kerana Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya. Dia telah memberikan kita keistimewaan yang tiada pada makhluk lain iaitu minda, akal dan fikiran. otak kiri dan otak kanan.
setiap manusia memang tidak perfect. tiada manusia yg sempurna dlm dunia ni. tetapi, setiap manusia ni telah dikurniakan dengan keunikan mereka sendiri. manusia ni kreatif. pada aku, kreatif ni subjektif. kreatif tak semestinya dikaitkan dengan pandai melukis dan yg sewaktu dengannya. aku nak ulang lagi sekali, semua manusia dalam dunia ni kreatif. cuma kreatifnya sahaja yg berbeza.
ada yang memang betul2 kreatif, lalu kreativitnya itu, di aplikasikan pada sebuah kanvas, melukis, mewarna. ada pula yang memang terer sangat bab2 amek gambar, lalu terciptalah sebuah foto yang amat menarik untuk ditatapi. ada lagi, yang tangannya memang kreatif bab2 memasak, berkebun dan sebagainya. cuma kita sendiri yang perlu menilai diri kita, "aku ni kreatif kt mana yer" carilah, dan anda pasti akan menjumpainya.
jadi, percaya lah pada diri sendiri, anda istimewa. cuma anda je yang tak menyedarinya..
No comments:
Post a Comment