kesunyian malam
tenang lagi mendamaikan
jauh dari segala hiruk piruk
kehidupan yang amat memeritkan
sendirian tanpa satu nyawa
nyata lebih indah
dari berdampingan dengan jiwa
yang hanya tahu membuat batin
resah lagi gelisah bersalut kepiluan
tidak tergambar ketika ini
betapa hati ini terbakar
zahir tak menentu batin lebih dari itu
hanya pada wajah terlukis ketenangan
sedangkan di dalam hati berkocakan
sungguh tiada satu perkataan pun
yang mampu membahagiakan
dikala mana jiwa bergelora
sehebat bencana yang membawa petanda
khatimah sebuah kehidupan
duhai insan-insan,
yang berkongsi zarah dalam sel tubuh,
yang telah membawa jisim ke illusi fana
ingin kotak suara melaungkan berkali-kali
di atas puncak kejora hingga ke penghujung dunia
bahawa nadi yang meresap amat tulus dalam nurani
menyayangi kalian
sesungguhnya demi Tuhan Agung
tiada yang dapat menggantikan kalian
selagi jasad belum menerima seruan dari-Nya
kepada kalian,
yang pernah berkongsi cerita
yang pernah berkongsi suka tidak duka
yang pernah sama bergembira
namun hanya membiarkan jiwa yang lemah
terbakar sendirian tatkala bergempur dengan
keperitan dan kepiluan kehidupan
terima kasih kerana benar-benar mengotakan bukti
bahawa tiada apapun yang sempurna
bahawa tiada apapun yang kekal
ternyata keegoan dan kepentingan
telah merentap tali itu
hingga terburai segala kepercayaan
yang berkurun lama bersemadi
atas nama ikatan sejati
Dan kepada dikau,
yang pernah menitikkan titisan embun kebahagiaan
yang pernah membuat kebunan bunga hati malar
namun tanpa belas
sudi merenggut tangkai rasa
sudi menyiat sekeping perasaan
andai jiwa tahu pahitnya hempedu
tidak mungkin akan dijadikan santapan
sebegitulah yang boleh diumpamakan
berkongsi rasa denganmu tinggalkan kesan
menyesal dan terkilan
tak putus berlegar
berkalutan difikiran
terima kasih semuanya atas pengalaman itu
yang telah mengajar sekuntum hati
sebenar-benar pengertian
yang akan abadi
hingga gugurnya cebisan kelopak bunga yang terakhir....
Nukilan: Le CucoQ La koDOK
10.00 p.m.
22 Jun 2010
No comments:
Post a Comment