Saturday, September 4, 2010

Raya datang lagi...

Assalamualaikum..

hari ni, lokasi aku menaip berbeza dari biasa..
dimana terdapat angin sepoi2 bahasa bertiup..
indah dan permai..
ceh2, berpuisi madah segala..
straight to the point sudah..
aku sekarang berada di rumah terchenta, 
yang dah agak lama ditinggalkan, 
Port Dickson..

kalau diikutkan dulu rumah kat PD ni rumah utama, 
tapi bila dah pindah KL jarang2 la balik..
rindu la kat PD..
dah macam tanah tumah darahku dah,
even aku sebenarnya tak lahir kat sini..
mana tak nya, lebih 9 tahun kut duduk sini..
dan aku rasa duk PD jauh lebih best dari KL..
tapi aku ni anak jati KL, lahir pun kat sana..

ok2, bukan itu yang mahu diceritakan..
lagi 5 hari, kita akan menyambut hari kemenangan umat Islam
Hari Raya yang Mulia..
macam mana dengan persiapan korang semua??
mesti grand kan, meletup gitu.. 
perkara yang sinonim kalau sebut pasal raya kat Malaysia ni, 
ialah Baju Raya.. kan..kan..
kalau tak lebih dua pasang tak sah..
baju lip lap mengalahkan lampu lip lap tu.. 
sepersalinan lengkap..
dengan kasut, tudung, semua nak matching, 
siap mengamalkan konsep, mix and match segala..
agak2, berapa banyak duit mak ayah korang 
yang korang dah perabih kan buat belanja raya ni haa?? 

second ialah makanan..
Malaysia ni ibarat syurga makanan..
macam-macam ada, bak kata makcik duta astro tu..
kalau time hari Raya ni, 
mesti berat badan naik sekilo dua..
mana tak nya, 
dengan kuih raya dah berapa balang korang telan,
tak kira lagi ketupat rendang lemang dodol
macam mana berat tak meningkat..
plus, kunjung mengunjung rumah sedara, kawan, pakwe makwe
mesti mau makan kan, kalau tak, terasa tuan rumah..
plus plus, rumah terbuka..
bukan setakat rumah, tingkap, langsir, pintu
semua terbuka lah..

next, pitih raya..hehe
duit raya la..
tu dah dikira wajib bagi kanak2..
ada jugak yang masih tak sedar diri dah lebih umur
minta cukai juga, malu la sikit..hehe
bila dapat sampul duit raya tu, 
hati berdebar debar nak tahu nilai matawang yang diperolehi..
jeng jeng jeng..
alih2 dapat sehengget je..
Alhamdulilah, syukur la dari tak dapat apa kan..
kalau nak banyak, 
rajin2 la buat lawatan dari rumah ke rumah..
berbekalkan muka tembok, 
rumah tak kenal pun korang bantai serbu,
makan tak penting, hulur je duit raya settle masalah..hehe 

tulah ragam rakyat Malaysia, setiap tahun pada musim lebaran
apa2 pun macam yang aku selalu seru, 
bersederhana lah ye, 
jangan sampai akaun bank kering kontang buat belanja sakan
korang jugak yang berpuisi tak berlagu nanti..

so, aku pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan
"Selamat Hari Raya AidilFitri"
kepada semua kawan2 Bloggers, 
yang tersinggah sini pun boleh juga..
kalau nak balik kampung hati2 dijalan raya..
ampun kan dosa kalau ada tersilap 
termengumpat, terkutuk, 
segala jenis 'ter' lah..
 dari hujung tudung sampai hujung kain ya..
0-0 lah ..
^___^ \/ 



 nota kaki: saje je wish awal, pasni nak balik kampung tak dapat nak online..hehe ^__^ \/

1 comment:

farysa said...

selamat hari raya
maaf zahir batin
=D