Monday, November 29, 2010

mere updating...

Assalamualaikum..

Hai Guys! 
Chal ji-nae-shŏ-ssŏ-yo?  
haha, faham ke tak??
maksudnya, How Are you?
harap-harap semua sihat-sihat je hendaknyalah.
dah lama tak update kan.
 reason nya adalah kerana masalah teknikal 
yang tak dapat nak dielakkan.

entry ni pun sekadar update 
supaya blog aku ni tak berhabuk.
sekarang busy lah dengan naskhah terbaru
sengaja cari pasal sibukkan diri. 
cari idea nak menyedapkan perisa dalam naskhah.
kalau ikut cara akulah, cara aku untuk menulis dan
mendapatkan idea, 
selain dari berangan tak tentu pasal
ialah melalui beberapa cara.

first & foremost,
melalui pengalaman diri sendiri. 
banyak idea boleh dapat kalau cerita tu
memang familiar dengan diri kita.
kalau kita buat cerita yang memang 
menyimpang 360 darjah dari kehidupan sebenar
agak susahlah nak mendalami watak tu. 

second,
melalui pembacaan.
ni memang penting untuk mendapatkan idea
untuk menulis.
tapi bukan mencetak rompak idea 
sebab ni dah kira salah 
dan tak original lah. 

third,
menganalisis kawasan sekeliling.
ni bukan korang pergi buat analisis kawasan rumah ke apa
tapi analisis orang-orang disekeliling 
dan juga tempat-tempat sekeliling
sangat benefit lah pada mereka yang selalu travel
sebab melalui itu, idea lagi senang nak didapati 
macam aku suka pergi tempat-tempat public
lepas tu, tengok apa yang orang-orang buat
lain orang, lain karenahnya
dari situ kita boleh dapat idea
dan juga tempat-tempat yang pernah aku pergi, 
kadang-kadang aku gunakan sebagai setting
sebab dah familiar.

fourth,
Melalui lagu.
aku dengan lagu memang sukar nak dipisahkan
my habit, dengar lagu sambil menaip.
seriously, idea memang masuk.
aku selalu dengar lagu2 macam kitaro
yang tak heavy sangat.
lagu favorite aku tatkala menulis ketika ni ialah
 one more time dari Tree Bicycle.
dan juga koleksi2 kitaro
selain tu, aku jugak ambil mood dari lagu untuk
mendapatkan  mood untuk menulis
contohnya, 
kalau nak buat part sedih, dengar lagu yang sedih
kalau nak buat part ala2 luvey-duvey, listen to mushy love songs 

kepada korang yang suka menulis tu, 
apa pulak cara korang??
okai, see you guys later
in the next entry inshaAllah.
^^ V

No comments: