Andai takdir dan waktu
menabur-naburkan kepingan peluang
untuk pulang ke suatu ketika
sungguh aku ingin
mengutip merebut kepingan itu
Andai masa boleh diputar
ke saat sebelum
sungguh aku ingin
undur ke detik itu
tanya mereka ingin tahu
saat apakah itu
yang ibaratnya seketul emas
yang persisnya nilai berlian
waktu hati dan jiwaku
masih suci dan bersih
tanpa sepalit noda dunia
jawabku dengan kesalan
tanya mereka lagi
mengapa perlu toleh kebelakang
yang tak mungkin terulang
sedangkan hadapan adalah kenyataan
kerana sungguh aku ingin
kembalikan senyuman dahulu
yang ada pada diri
terbias dari dalaman yang murni
kerana sungguh aku ingin
perbaiki rentetan masa silamku
biar masa kini hidupku
hujungnya tidak sebegini
nyata keinginan tinggal keinginan
harapan yang aku dambakan
amat mustahil untuk dikotakan
cuma yang bersisa adalah realiti
yang tersurat di jalanan sepi
No comments:
Post a Comment