Friday, October 29, 2010

typical I guess...

Assalamualaikum..

ok2, janji dua tiga minit je..
pastu sambung balik..
gian nak menaip ni..
huhu..
before that, i guess maybe "aku" suits me well.
so, goodbye "Ji" 

takde, saje2 je nak cerita tentang tipikal 
orang2 kalau dengar "student UIA" 
aku rasa ramai jugak yang kena nih.
contohnya lah, 
orang : awak belajar ke study lagi?
aku: still blaja lagi.
orang: belajar kat mane tu?
aku: kt UIA. 
orang: owh, bakal ustazah la ni.
aku: erk, tak jugaklah. sbb amek kos English
orang: owh, TESL eh?
aku: erkk (lagi sekali) taklah, Linguistic.
nampak tak, dua jenis tipikal yang berlaku dalam perbualan tersebut.
satu, kalau sebut belajar kat UIA mesti ingat bakal2 ustazah je 
yang belajar kat situ. tapi aku tak blame mereka2 juga sebab
dah namanya Universiti Islam Antarabangsa kan. 
sedikit sebanyak mesti ada juga la ciri2 ke-ustazah-an
kalau takde aku taktau nak cakap apa, sebab setahu aku lah
kat uia ni kena ambil subjek agama seperti Halaqah dan Tilawah. 
tu yang special kot mengenai uia, still terapkan agama dalam subjek
pembelajaran.  ok2, back to the main point, tak semestinya
belajar kat uia ni ustaz or ustazah sebab kat sini still ada course 
 macam architecture, engineering, human science, economic etc 
matlamat uia ialah melahirkan graduan yang bukan saja cemerlang
dalam pelajaran, bahkan islamik. (promote uia..hehe) 

ok next, kalau bercakap ambik course English, 
mesti secara automatik orang akan cakap TESL.
kenapa ye? aku bukanlah student TESL tp BENL
Bachelor of English Language.
takde langsung perkataan education. 
subjek ni, untuk pengetahuan semua, 
specific in English Language, Linguistics and Literature. 
bagi expose sikit course yang tak berape nak fofular ni.

ok2, ni sudah lebih dua tiga minit. 
gottogo.
Aja2 Hwaiting!

Thursday, October 28, 2010

mode: final examination

Assalamualaikum..

tiap2 semester pasti akan diakhiri dengan event yang satu ni.
Final Examination.
kalau lihat di laman sosial seperti Facebook dan Blog, 
topik yang sedang hangat sekarang ialah Final Exam ni lah.
tak percaya cuba tengok status facebook kawan2 anda. 
yang pasti nya, kalau ada exam mesti ada kawan baik yang satu ni, 
stress, tension.
sapa yang bila mana nak exam dia TAK stress sila angkat tangan.
confirm ada something wrong dalam benak tu. 
hehehe, Ji gurau jelah.
nak sedapkan hati sebenarnya.
yang menjadi persoalan Ji pada diri sendiri, 
kenapa sempat lagi online sedangkan exam around corner je ni??
 bukan apa, nak hilangkan stress sekejap. 
tadi ada terbaca dalam blog sorang kawan, dia bagi tips untuk exam.
salah satunya, rehat selama 10-15 minit, baru sambung studi balik.
ni tengah ikut tips tulah, kejap je kan taip entry ni. setengah jam
pun tak sampai kan.

emm, final ni kena buat habis baik. ada juga subjek yang berada 
pada tahap yang marabahaya sebab carry mark yang Allah saja tahu.
cukuplah menangisi kesilapan sendiri. 
yang penting final nanti buat yang terrrrbaik.
dengan izin Allah, kejayaan dalam tangan. 

kepada kawan2 seperjuangan, Good Luck ya!
jangan terlampau stress sangat, tak baik untuk kesihatan. 
makan makanan yang berkhasiat, jangan lupa exercise untuk
kecerdasan minda. dan yang paling penting, jaga hubungan dengan Tuhan.
jangan berputus asa, minta, selalu berdoa kepadaNya, inshaAllah
pelajaran kita akan diberkati. banyakkan solat2 sunat seperti solat sunat hajat,
sunat tahajjud supaya hati kita lebih tenang dan tak serabut sangat.
tu tips2 yang boleh di take note tu.hehe

akhir kata dari Ji, 
selamat menghadapi peperiksaan akhir!

Wednesday, October 27, 2010

~HaPPy ANnivErSaRy!!~

Assalamualaikum..

ya Allah, aku sendiri tak sedar. rupanya blog ni dah berumur Setahun.
aku sendiri tak perasan, Alhamdulilah, ada daisypath kat bawah sekali.
dah setahun ye, cepat sangat masa berlalu, dan macam2 perkara telah berlaku
tadi aku check semula entries yang lepas2. 
untuk melihat tahap kematangan diri aku melalui tulisan dalam blog ni.
aku lihat memang ada juga, sedikit sebanyak juga perbezaan.
hari ini juga aku telah melalui sesuatu yang membuat aku tersedar dari lena
yang memang sangat panjang. 20 tahun, baru sekarang aku sedar.
aku juga manusia biasa yang mempunyai tabiat yang satu ini, 
mudah lupa, leka dan alpa.
Alhamdulilah, kini aku dah sedar, 
terima kasih Allah.

ok2, dah setahun dah blog ni. 
terima kasih juga pada blog ni yang telah berkhidmat selama setahun
melayan karenah owner-nya yang agak moody.
jadi tempat aku meluah rasa, ketidakpuashatian
aku berkongsi ilmu dan seni.
ikhlas dari hati, aku sayang kamu!

bersempena ulangtahun pertama blog ni, aku mahu buat sedikit perubahan
no more 'aku', change to azie = aji =  JI
sebabnya biar lah Ji je yang tahu ye. 
mungkin nampak comel sikit..hehehe
inshaAllah, lepas ni Ji nak buat perubahan dalam entry.
perubahan apa, wait and see je lah.
dan Ji nak kekalkan dalam bahasa Malaysia
campur..hehe. tapi Bahasa Malaysia still utama.
apa lagi ye,
terima kasih juga kepada pembaca2 blog, blogwalkers
yang sudi singgah baca coretan yang tak seberapa.
tanpa anda, siapalah blog ni kan.
dan terima kasih juga pada pakcik Google
tanpa pakcik Google, mungkin blog ni tak akan wujud kan.

Ji akan sedaya upaya kekalkan kewujudan blog ini
sampai bila2, sampai Ji tua pun.
dengan izin Nya.
last but not least, 
"HAPPY 1st ANNIVERSARY DEAR BLOG!!!!"



Monday, October 25, 2010

gimme some please....

Assalamualaikum..

sangat malas sejak beberapa hari ni, 
untuk menulis sesuatu dekat blog ni..
haila..haila..
nape lah jadi malas sebegini..
lebih2 lagi bila exam is around the corner
tambah2 dua tiga kati lagi rasa malas tu
jangan buat hal la
ni final exam ni 
jangan buat main..
dan secara officially nya, kelas dah pun habis 
untuk semester ni.
Alhamdulilah, setelah seketika struggle
penat lelah berjalan, berhujan, berpanas
habis juga kelas2 semua.
oklah, memang takde mood sangat sekarang
inshaAllah bila mood tu mari 
aku akan kembali..

Tuesday, October 19, 2010

Borak2 Tin Kosong....

Assalamualaikum..

rasa2 nya dah lama kita tak borak2 kosong kan
asyik2 update pasal drama je kan.
em, hari ni nak borak2 kosong je la.
wah, sekarang dah bulan Oktober, 
tak lama lagi bulan November, 
lepas tu bulan Disember.
kejap sangat masa berlalu
rasa macam baru je sambut birthday yang ke 20 
bulan Januari dulu.

sama jugak lah dengan study, 
sekarang dah masuk minggu akhir kelas 
minggu depan sudah mahu final exam.
rasa macam kejap sangat, 
rasa macam baru tadi je aku susun jadual utk register subject
memang macam2 berlaku semester ni
sweet & sour 
oh ye, aku sudah pun pre-register utk semester akan datang.
dan juga pre-register utk mahallah.
semester depan lebih mencabar dengan subjek yang semakin mencabar
contact hour lebih banyak dari biasa
dan juga sudah mula ambil subjek arab.
memang kena refresh balik ni sebab dah lama tinggal. 
okai, ni list subject untuk semester 2, 2010/2011 
Introduction to Sociolinguistics
Grammatical Analysis
Introduction to short story & novel
History & Civilization
Islamic Ethics 
Arab
Bahasa Melayu Lanjutan
Leadership

apa lagi ye..emmm..
oh ye, minggu ni juga aku hadapi dua kehilangan.
kehilangan pertama:
arwah atuk aku telah kembali menghadapNya semalam
berita yang sangat unexpected 
semoga Allah mencucuri Rahmat pada roh atuk. 
Al-Fatihah
kehilangan kedua: 
adik lelaki aku, sudah pun kembali ke Mesir tadi
untuk meneruskan perjuangannya menuntut ilmu
sedih juga lah, terasa kehilangan sebab
dah kurang seorang ahli rumah yang sangat ceria
nanti kalau aku tengok korea mesti teringat adik aku.
takpe lah, for the sake of knowledge
semoga kita jumpa lagi tahun depan
inshaAllah. 

rasa2nya dah penuh tin kosong dah ni
dah tak jadi borak2 tin kosong dah
oklah, nanti update lagi okai..
^___^ v

Sunday, October 17, 2010

Doll House Production


Assalamualaikum..

seperti yang telah aku janjikan pada diri sendiri
jika drama sudah habis aku mahu jerit
"merdeka!!!!"
selama dua hari, telah berlangsung 'Drama Performance'
yang amat penting bagi student BENL yang amek subjek drama
pada hari jumaat : 8.00 malam
pada hari sabtu : 9.00 pagi
kenapa dua hari?
kerana ia merangkumi dua section, 1 & 2
aku termasuk dalam section 2, jadi aku punya performance hari sabtu 

last rehearsal memang amat memenatkan,
aku sampai termuntah2 sebab sistem dalam badan 
tidak berjalan dengan lancar.
grup aku punya performance yang pertama, 
jadi awal2 pagi lagi kami bangun bertolak 
ke Experimenta Hall yang boleh tahan lah jauhnya
dengan membawa prop yang boleh tahan besarnya

selepas di mekapkan, kami semua praktis utk terakhir kalinya
sebab masa tu belum ada orang lagi
tiba-tiba kami terpandangkan wajah judge 
yang masuk melalui pintu belakang
apa lagi sangat berdebar2..
setelah ready, dengan lafaz Bismillah
kami pun memulakan drama kami

akhirnya apa yang kami tunggu sampai ke titik penghujungnya
apabila drama kami sudah tamat
memang masa tu rasa lega yang amat.
cepat2 kami kemas2 prop utk bagi laluan kepada grup lain pulak.
memang berbaloi lah usaha kami selama lebih sebulan
bila melihat markah yang tertera pada evaluation sheet.

memang banyak sangat pengalaman sweet dan juga sour
dan banyak juga yang aku belajar dari drama performance ni
lagi satu, ini kira pengalaman paling berharga lah juga 
sebab dapat merasa jadi pelakon..hehe 

ape2 pon layan jelah gambar yang di ambil ni.
gambar masa tengah perform takde, cuma yang ada 
lepas selesai performance.. 

all the casts. the family of doll house production. 

Torvald Helmer, hubby kpd Nora Helmer 


the crook in this play, Mr. Nils Krogstad 
the Helmer's Family.. 
"men" in this play, Krogstad & Helmer
opocot! hehe, bila Dr Rank dan Korgstad posing 
kasih lama bertaut semula.hehe, Christine & Krogstad 
lastly, Nora Helmer, main role a.k.a Aku le tu..hehehe

Wednesday, October 13, 2010

kepadaNya aku kembali


disaat ini, ketika ini
jiwa aku parah
tatkala menerima
khabaran yang benar-benar
mendera sanubari
umpama dihiris sembilu
umpama terteguk racun
bisanya perlahan-lahan
meresap keseluruh pelosok ruang rasa
membunuh satu persatu deria 

sedangkan mereka berbahagia, aku berduka
sedangkan mereka tersenyum ceria, aku kehilangan jiwa

lalu aku bertanya 
pada empunya jasad dan roh 
apakah dosa aku
apakah salah aku
sehingga aku diduga sebegini hebat

merintih-rintih hati ini
kuntum-kuntum yang berseri dikelopak
akhirnya berderai jatuh ke pipi
menerbitkan mutiara jernih
yang langsung tidak bernilai

tiba-tiba
tersentak aku tersedar
rasa bersalah kembali menujah
bukan kerana Mu
aku jadi begini 
semuanya kehendak diri sendiri

air suci aku ambil
tikar aku hamparkan
ayat-ayat suci Mu aku alunkan
serta merta ketenangan mengalir seperti air
menggantikan bisa yang tadi membunuh jiwa
meneutralkan segala rasa pahit payau
lalu digantikan dengan rasa
manis yang tiada tolok bandingannya

Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa silamku
terimalah taubatku
penyesalan yang tak ada kesudahan
aku lafazkan
dariMu aku datang dan
kepadaMu aku kembali
Ya Rahman Ya Rahim


Sunday, October 10, 2010

sape cakap senang....

Assalamualaikum..

ok, sekarang ni aku tengah ada masa free, 
so aku nak menaip sikit.
nak cerita sikit pengalaman pertama aku
bergelar seorang pelakon

wah2, bunyinya macam gempak je kan.
ok, meh aku cerita sikit kenapa tiba2
takde angin takde ribut tiba2 belakon teater
Al kisahhh...
semester ni aku ambil subjek drama,
jadi salah satu tugasan kami ialah
berlakon.
kalau tidak kerana markah yang sangat berharga tu
memang jangan harap lah aku nak berlakon.

sapa cakap berlakon tu senang??
meh sini aku nak sekeh sikit kepala mereka2 tu.
hehe, gurau2 jelah kawan.
tapi frankly speaking, 
berlakon memang sangat payah
nak2 lagi kalau berlakon dalam bahasa English. 

cerita apa yang aku sedang shooting? (ceh2)
cerita yang diberi nama "A Doll House"
tulisan Henrik Ibsen

ok, aku akan cerita sedikit tentang play ni.
berkisar tentang Nora, seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak
yang telah meminjam wang dan menipu signature ayahnya
demi menyelamatkan nyawa suami yang sedang sakit
namun pegorbanannya tak dihargai oleh suami
yang merasakan tindakan Nora itu amat memalukan.

macam tulah serba sedikit sinopsisnya.
cerita ni berdasarkan realitii dan tipikal manusia
pada era 80an yang amat mementingkan gender
lelaki sebagai ketua,
perempuan layak duduk dalam rumah saja
jadi apabila mengetahui Nora meminjam duit, Tolvard Helmer
merasakan itu sesuatu yang amat memalukan
manakala Nora merasakan dirinya patung bernyawa
yang dikawal oleh suaminya.

aku lah yang memegang watak Nora tu.
yang aku rasa amat berbeza dengan perwatakan
sebenar aku.
susah tau berlakon ni..
nak kena masuk dalam watak
menghayati watak dan menghidupkan watak tersebut
apatah lagi watak itu adalah watak wanita pada zaman 80an

hampir setiap malam kami berlatih
dan menghafal skrip yang langsung tak best
dan semalam aku menghadiri bengkel drama
untuk memantapkan lagi lakonan kami.
banyak yang aku belajar dari bengkel tu
contohnya skrip dipanggil naskah,
voice projection, basic in acting..

aku harap semuanya akan berjalan lancar
seminggu lagi penyeksaan ni akan berakhir.
doakan aku ya,
agar tak nervous dan tak lupa line skrip nnt..hee~
[^ ^]v

Tuesday, October 5, 2010

stress tahap petala ketujuh

Assalamualaikum..

untuk dua tiga minggu ini 
aku akan menghadapi sedikit gangguan emosi dan mental
lantaran terlalu banyak kerja, skrip, hafazan 
yang perlu dihafal for the sake of markah
minggu depan ada drama performance
minggu ini ada tasmik untuk study circle

minggu depan juga aku ada
test untuk transcription and oral untuk subject Phonetics
jadi part mana yang tidak akan buat aku tidak sakit mental?? 
lepas selesai semua kerjaan ini aku mahu sangat
jerit merdeka even belum final exam lagi
sebab 'mereka2' di atas ni buat aku tido tak kenyang
makan tak lena, mandi still basah ok.. 

jadi aku terpaksa mengurangkan aktiviti berblogging ni
inshaAllah lepas selesai semua aku akan kembali
doakan kejayaan aku
dan juga doakan agar aku tak jadi gila
^_^

Saturday, October 2, 2010

C.I.N.T.A

Assalamualaikum..

aku lihat semasa berjalan2 di setiap blog, 
topik ini sangat hangat diperkatakan
walaupun telah zaman berzaman
namun masih tak jemu2 berbicara mengenai 
satu perasaan halus yang wajib ada dalam hati 
setiap makhluk yang bernama manusia
"cinta"
"love"
"pyar"
"sarang
 ayat berbeza maknanya serupa..  

aku jarang mengutarakan topik jiwa2 begini
tapi tiba2 hati ni terpanggil nak berkongsi 
tentang perasaan yang sangat indah ni.
kalau kita lihat dalam majalah, buku2
banyak juga cerita cinta ni menjadi "headlines" 

kalau dalam lagu pula tak payah cakaplah
terlalu banyak.
lagu2 yang memuja memuji cinta
merintih, meratapi cinta
macam aku yang layan lagu2 lama
memang lagu cinta ni jadi santapan halwa telinga
hampir setiap hari.

banyak jugalah kata2 pujangga tentang cinta
"cinta itu buta"
"cinta tak bererti memiliki"
"cinta tak perlu dipaksa" 
"cinta memerlukan pengorbanan" 
"cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi"
"cintailah sungai kita"
eh..eh.. masuk juga, tapi itu dikira cinta juga kan 

ramai manusia sanggup melakukan apa saja demi cinta
malahan sanggup membunuh semata2 kerana cinta
hebatnya kuasa cinta ini.
tapi apa lah hendak diagung2 kan andai cinta itu
berlandaskan nafsu semata2.
ramai remaja2 era teknologi ini
sanggup berkorban apa saja demi kekasih hati
diserahkan jiwa, raga dan tubuh badan 
demi membuktikan rasa kasih itu.
"habis madu sepah dibuang"
mulalah kita mendengar kes2 buang bayi
kes2 bunuh dan bunuh diri.
kenapa??
ketaksuban yang mengaburi mata mereka. 
janganlah leka pada cinta duniawi 
yang masih belum lagi diketahui hujung akhir ceritanya

seperti yang kita ketahui dan harus sematkan dalam hati
cinta yang paling utama tentulah padaNya
cinta kepada RasulNya
cinta kepada saudara
dan cinta sesama manusia 

tetapi kenapa ya, 
kalau kita lihat lagu2, puisi2 cinta
hampir kebanyakkan mengenai patah hati, duka dan lara
yang lebih menghairankan lagi
walaupun berulang kali disakiti dan dilukai
manusia masih tak serik2 lagi bercinta.. 

skop mengenai cinta ini sangat luas
cinta sangat subjektif
lain manusia lain pendapatnya
bagaimana kita tahu apa yang kita rasa itu cinta??
mungkin sebuah pertemuan,
yang menerbitkan secebis rasa rindu
hati menjadi terkenang2
itu cinta pada makhluk

tetapi cinta pada tuhan itu berbeza
malah sangat indah dibandingkan dengan cinta manusia
setiap rindu yang hadir menambahkan lagi rasa
kecintaan dan ketakwaan padaNya.. 
walau apapun definisi kalian mengenai cinta
haruslah ingat
cinta yang paling hakiki itu cinta Ilahi
dan dari cinta itu hadir satu perasaan 
untuk kasih mengasihi sesama makhluk
berlandaskan syariat yang ditetapkanNya 
 ^_- \/


Friday, October 1, 2010

Rindu kah kita pada dia??


tanya pada diri kita sendiri.. rindukah kita pada dia???