Wednesday, October 27, 2010

~HaPPy ANnivErSaRy!!~

Assalamualaikum..

ya Allah, aku sendiri tak sedar. rupanya blog ni dah berumur Setahun.
aku sendiri tak perasan, Alhamdulilah, ada daisypath kat bawah sekali.
dah setahun ye, cepat sangat masa berlalu, dan macam2 perkara telah berlaku
tadi aku check semula entries yang lepas2. 
untuk melihat tahap kematangan diri aku melalui tulisan dalam blog ni.
aku lihat memang ada juga, sedikit sebanyak juga perbezaan.
hari ini juga aku telah melalui sesuatu yang membuat aku tersedar dari lena
yang memang sangat panjang. 20 tahun, baru sekarang aku sedar.
aku juga manusia biasa yang mempunyai tabiat yang satu ini, 
mudah lupa, leka dan alpa.
Alhamdulilah, kini aku dah sedar, 
terima kasih Allah.

ok2, dah setahun dah blog ni. 
terima kasih juga pada blog ni yang telah berkhidmat selama setahun
melayan karenah owner-nya yang agak moody.
jadi tempat aku meluah rasa, ketidakpuashatian
aku berkongsi ilmu dan seni.
ikhlas dari hati, aku sayang kamu!

bersempena ulangtahun pertama blog ni, aku mahu buat sedikit perubahan
no more 'aku', change to azie = aji =  JI
sebabnya biar lah Ji je yang tahu ye. 
mungkin nampak comel sikit..hehehe
inshaAllah, lepas ni Ji nak buat perubahan dalam entry.
perubahan apa, wait and see je lah.
dan Ji nak kekalkan dalam bahasa Malaysia
campur..hehe. tapi Bahasa Malaysia still utama.
apa lagi ye,
terima kasih juga kepada pembaca2 blog, blogwalkers
yang sudi singgah baca coretan yang tak seberapa.
tanpa anda, siapalah blog ni kan.
dan terima kasih juga pada pakcik Google
tanpa pakcik Google, mungkin blog ni tak akan wujud kan.

Ji akan sedaya upaya kekalkan kewujudan blog ini
sampai bila2, sampai Ji tua pun.
dengan izin Nya.
last but not least, 
"HAPPY 1st ANNIVERSARY DEAR BLOG!!!!"



No comments: