Thursday, July 8, 2010

antara aku dan novel..

Assalamualaikum..

tajuk entry yang dah macam tajuk novel..ehehe.. sebenarnya aku takde pape pon konflik dengan si novel tu..
korang tau novel tu ape? pengertian novel dari segi bahasa ialah bahan bacaan.. manakala dari segi istilah pula ialah bahan bacaan yang patah perkataan nya lebih dari 10,000..ehehe..
ari ni aku nak citer kan minat aku yang amat mendalam terhadap novel nih.. aku start baca novel ni mase umo aku kurang lebih 12 tahun.. agak awal gak aku dah berangan-angan menjadi watak dalam novel..ehehe.. dan novel pertama yang aku baca, ni kira sejarah gak lah, iaitu Yang Terindah, nukilan novelis yg tak asing lagi, Anis Ayuni..

kenapa aku suka baca novel? untuk berangan-angan? taklah.. tujuan aku baca novel ialah untuk lari dari realiti kehidupan sekejap..paham?? tak paham?? secara ringkas nyer, aku baca novel sebab segala apa yg dikarang dalam novel tu seperti yang kita semua tahu ialah fiksyen dan imaginasi penulis semata2..so, aku ingin berada dalam alam dimana di dalam realiti tak mungkin wujud..

tabiat pelik aku kalau baca novel, ialah suka tengok mukasurat terakhir sekali, nak tengok samada sad ending, atau happy ending.. kalau sad, serta merta akan direject oleh aku sebab aku tak suka baca novel yg sedih dan tergantung akhir ceritanya..

aku pernah menangis baca novel (believe or not, better believe it..ahaha) dan aku pernah trauma sebab baca novel..huhu.. terok bunyiknyer tuh.. kalau dah namanya suke baca novel, dah tentu banyak koleksi novel aku..agak banyak gak la..
novelis yg amat aku minati ialah Anis Ayuni.. memang tak bleh tidak kene baca jugak novel dia, wajib tayang, eh silap wajib baca..ahaha.. sangat best.. then, aku minat HLovate, novelis yg amat sempoi dari segi penceritaan dan ayat..

inilah antara koleksi novel Anis Ayuni, wajib baca..

ni plak novel2 karya Hlovate yg sangat besh! 

tu la antara karya2 mereka yang sangat kreatif dalam bidang penulisan.. aku juga turut terjebak dalam bidang penulisan tapi sekadar untuk suka2.. belum pernah ditayangkan untuk bacaan sesiapa..aku start menulis pada umur 14 tahun sampai sekarang.. sekarang ni aku ada projek alpha (ehehe) untuk mengarangkan sebuah novel dan mencuba nasib di Alaf 21.. inshaAllah.. kalau ade rezeki diterima.. tapi masih dalam pembikinan.. dan mungkin akan terbengkalai seketika sebab aku pon dah nak start semester baru ni.. 
Ape2 pon, membaca novel sangat best!!!


No comments: