Friday, July 16, 2010

jangan mempersendakan agama...

Assalamualaikum...

hari jumaat yang penuh dengan keberkatan ni eloklah kalau diberi pengisian yang berfaedah.. jadi, pada hari ni aku nak bercerita tentang larangan mempersendakan agama..

semenjak dua menjak ni, semakin ramai umat islam khususnya yang mengambil mudah tentang urusan agama.. ini boleh membawa kepada mempersendakan agama islam yang suci ni..contoh yang paling gampang yang boleh di lihat dengan mata kasar kita ni, perempuan khususnya, isu menutup aurat.. andai anda pakai tudung, pakailah secara sempurna.. jangan jadi macam lampu, bleh switch on and off.. itu dah dikira mempersenda agama.. memanglah ramai yang pasti merungut, panaslah, tak tahan lah, cuba lah anda bandingkan nya di akhirat nanti.. 
bagi yang sememangnya menutup aurat, janganlah macam tak cukup ela kain nak pakai..tak perlu tudung labuh kalau tak selesa, cukuplah menutupi dada seperti yang telah disyariatkan dalam islam.. trend zaman sekarang, pakai tudung cantik dah, alih2 lengan pendek.. tau rambut tu aurat, tapi lengan tak tutup.. sama jugak lah, dapat dosa jugak..then, ada pulak yang pakai tudung, tapi baju macam sarung nangka, ataupon dia pakai baju adik dia agaknya.. ketat seketat2 nya.. amboi, bukankah dalam islam sudah disyariatkan menutup aurat jangan menampakkan susuk tubuh badan.. tak perlulah berfesyen sangat, kat akhirat nanti seutas benang pon takde kat tubuh badan kita ni..kalau nak berfesyen skalipon pastikan syariat tetap terpelihara.. biarlah orang lain nak cakap apepon, 'outdated' ke, 'kolot' ke.. yang penting fesyen tulah yang menjadi tiket masuk ke syurga nanti.. 
ok, cuba kita renungkan ni, sebijik pasu yang mahal akan di balut cantik2, dengan kemas2, dengan sempurna, dan pasti akan diletakkan di tempat yang paling khas dan tinggi.. manakala sebijik pasu yang murah, dibalut dengan lebih kurang je, kadang2 tak balut pun, dan tempatnya di rak2 biasa dan paling rendah sekali.. mana satu yang jadi pilihan kita wahai kaum yang istimewa?
sekadar peringatan kepada kita kaum hawa...^_^..  semoga kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah..Ameen..

~sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah, An-Nisa'~

No comments: